Di pagi Jumaat yang mulia ni, aku berjaya masak sambal telur ni sebelum pergi kerja. Ini semua di sebabkan Eimran yang selalu duk call aku kat ofis kata abang lapar...abang lapar...walaupun duit dah aku tinggalkan untuk beli makanan. Untuk hari ni aku harap dia tak kelaparan lagi sebab nasi pun dah siap aku masak tinggal cedok masuk pinggan aje...
Malam tadi aku dah siap blend lada sekali dengan bawang putih + merah. Senang bila nak cepat macam aku ni, lebur aje sekali harung. Kojap dah siap.
Sempatlah aku rasa sikit sambal telur ni. Makan roti canai segera cicah dengan sambal telur ni not bad jugak. Perasannnn...apa nak buat aku yang masak, aku sendiri yang rasa...orang lain belum rasa lagi akulah yang rasmikan dulu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan