27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433



Sempena dengan kedatangan tahun baru 1433H ni, aku kongsikan kat sini email yang di hantar seorang kawan.  Ingatan untuk diri aku juga.  Benda yang baik apalah salahnya di kongsi2kan bersama, ya tak?


Di kesempatan ini, aku memohon ampun maaf andai kata ada catatan aku selama ini yang menyentuh hati sesiapa.  Sesungguhnya catatan ini adalah lebih kepada memori suka duka kami seisi keluarga.  Agar dapat di jadikan kenangan atau rujukan di masa depan oleh anak2 terchenta.  Tak ada niat apa2 selain ingin berkongsi memori indah itu di sini.  Salam Maal Hijrah moga di tahun baru ini hidup kita semua akan lebih di berkati olehNya.

26 November 2011

7 Hari Mencintaiku & 434

Mana boleh 7 hari jer mencintaiku...bukan ke hari tu kata forever...gediks kan...Tu tajuk buku cerita terbaru yang aku baca.  Dah habis pun.  Tebal kan main lagi buku cerita ni, 1000 lebih muka surat, tapi aku berjaya habis kan tak sampai 7 hari...hehehe...


Penulis buku ni Siti Rosmizah.  Ni novel dia yang ketiga aku baca.  Tengah baca lagi satu novel dia tajuk Lafazkan kalimah cintamu..cam tulah lebih kurang. Bagi aku novel ni biasa aje...tak macam novel dia yang sebelum ni.  Bila part yang sedih tu...tak segan2 airmata aku mengalir laju...novel yang ni pun ada jugak part sedih, ehhh suka2 hati aje nak komen kan...cuba ko tulis novel..padan muka, kan dah kena kutuk...ini adalah pendapat aku saja.  Pendapat kita kan berbeza.  Citarasa kita tak sama.  okey tunggu aku habiskan lagi satu buku tu ya.
Sambil2 baca buku tu minumlah kopi 434 ni.  Lagi terang biji mata.  Aku rasa aku dah ketagih lah ngan kopi ni.  Terima kasih pada kak Linda yang supply kopi ni...Anak2 aku pun sama, pantanglah nampak aku tengah mengacau air, laju aje minta secawan. 

Yuna vs Anuar

Akukan memang ketinggalan ketapi betul tau.  Semalam selak2 suratkhabar kosmo adalah baca sikit2 pasal Yuna tapi cam tak berapa nak paham aje...lambat pick up rupanya...


Pagi tadi baca lagi paper, ada lagi kisah Yuna ngan ang nuar. Barulah mak paham...cam tu ghoper eh...tapi aku respect ngan Yuna...profesional habis.  I like...


Walau apa pun bagi aku Yuna dan Anuar memang terbaekkkkk....Nak tau cerita lebih lanjut, bacalah kosmo online kat sini.

Sambungan Entry Semalam

 untuk en suami
 aku punyer
kami punyer
Mengadakan...bekalan pun nak masuk blog.  Sebenarnya nak masukkan sekali ngan entry semalam tu tapi tgh syok menaip, qaseh dah bangun.  Kalau dia dah bangun tu maknanya siaran tergendalalah.  Dahlah omak eh nak cepat ke kantor...terus sign out.  

Nak tak nak hari nilah baru buat entry...hehehe...okay...disebabkan en suami kurang suka sikit nak bawa bekalan nasi ke ladang..haruslah kena di ingatkan, kang tak pasal2 bawa balik bekas ngan nasi2 tu sekali...harus mak hangin satu badan...tapi semlm tengok bekas kosong...alhamdulillah...

25 November 2011

Nasi Lemak Lagi dan Lagi dan Lagi

Pecah rekod betul aku...bulan ni aje dah 3 kali aku buat nasi lemak.  Saja nak praktis...kan practice make perfect.
 Lagipun kan cuti sekolah ni kenalah buat makanan yang berat sikit.  Time cuti sekolah nilah stok makanan nak kena ada aje...


Yang ni aku yg teringin sangat nak makan telur mata kerbau ngan sambal cam ni.  Puas hati dapat makan....Walaupun semalam sampai rumah agak lambat jugak, tapi aku usahakan jugak sebab tekak sendiri yang nak makan kan.  


Tak boleh nak menceceh panjang2 sebab qaseh dah merengek nak nenen.  Lepas tu nak bersiap pergi kerja....Salam Hari Jumaat.

24 November 2011

Cekodok Nasi

Di sebabkan cekodok nasi ni buat untuk minum petang, kenalah aku buat auto publish belah petang.  Sekarang ni kan asal petang aje hujan, tak ada chance nak bawa anak2 pergi taman.  Bila dah hujan tu mulalah perut bernyanyi merdu.  Tak tau nak buat apa, buat ajelah cekodok nasi ni.  Sedap di makan panas2 cicah ngan sos cili.  Kalau ada sos cili thai laaaagiii sedap.  Berebut2 kita orang anak beranak makan.  Sekejapan licin lepas tu melopong lak fikir nak masak apa untuk makan malam.  Lagi time cuti sekolah ni, otak asyik fikir nak masak apa next, next, next sampailah malam.


Selalunya aku blend kasar sikit nasi ni, lepas tu buatlah cam buat cekodok biasa tu.  aku suka letak taugeh, kalau ada stok daun bawang masuk sekalilah.  Lepas tu time goreng aku suka biar nipis sikit baru garing.  Seeeedaaappppp...dulu anak2 aku tak berapa suka kalau buat cekodok nasi ni, tapi lepas dua tiga kali buat, okay aje dia orang tak complen dah.

Roti

Sesekali bila tak ada ribut tu aku buatlah roti ala-ala banjo cam gambar ni buat bekalan ke kantor.  Buat dua untuk aku dengan en suami.  Dia kalau buat yang simple macam ni dia naklah makan.  Kalau aku bekalkan nasi nanti susah dia nak makan.  Memanjang lupa aje katanya.  Aku ni pulak suka spot check bila dia balik tu tanya, awak makan tak nasi bekal tadi?  macam ada apa2 ajekan...haruslah dia cakap sori lupa, sambil bagi balik tupperware tu ngan muka yang rasa bersalah...


Untuk anak2 kat rumah, dia orang suka makan dengan kaya.  Danial tu siap menjilat2 kaya lagi.  Aku dah google resepi sekaya ni, cuma tunggu vitamin 'r' aje tak mari2 lagi.
Ada masa rajin aku buatlah roti bakar ni.  Ni baru buat Isnin lepas.  Danial yang request.  Dia tu kan susah nak makan, bila dia sebut aje nak roti bakar, aku yang tengah baik punya landing ni pun terus lompat tinggi nak membuatkan untuk dia.  Banyak juga dia makan...

23 November 2011

Mee Hoon Goreng

Ni bukan buat untuk makan tengahari ya...ni sarapan minggu lepas.  Hari Jumaat rasanya.  Hari Jumaat lepas eimran ngan yasmin dah tak pergi sekolah, kira dah start cutilah...jadi kenalah aku buatkan breakfast...tapi jangan ingat aku buat setiap pagi lak ya...bila berkesempatan aje.  Kadang2 beli aje kat kedai belakang rumah ni...omak ko kan nak cepat gi kojo...

Danial Lagi

Balik kerja Khamis lepas kalau tak silap, tengok kepala danial dah togel cam dalam gambar tu...tanjat omak eh...
Bila aku tanya kenapa buat rambut cam tu...dia kata adam nak botak...nak botak? betul ni nak botak?  Angguk2 kepala...okey jom gi kedai...suka aje dia bila cakap nak pergi kedai... 
 kasi botak licin...India ni pun gelak aje tengok rambut dia...
 si botak
Malam tu masa nak tidur rasa badan dia panas sangat...laaa demam lah pulak budak botak ni...terkejut kot sebab dah botak...sekarang dah sihat dah...

22 November 2011

Sambal Kuinin

Lama betul tak makan sambal kuinin ni.  Lepas balik dari sekolah yasmin singgah kat kedai belakang rumah ni nak beli ayam, terbau pulak buah kuinin ni.  Harum semerbak, menggoda betul.  Dua tiga kali aku duk tengok buah tu nak beli ke tak, nak beli ke tak...sudahnya beli jugak sebab tak boleh tahan dah...
Balik dari kedai terus bersimpuh tumbuk lada.  Eimran ingat aku nak buat sambal belacan, tak lah ibu nak buat sambal kuinin.  Tak pernah makan pun...tak pernah makan lah ibu nak bagi makan hari ni...hehehe...Mulanya dia macam jual mahal aje nak rasa, sekali bila dah rasa baru tau kesedapan nya...

Danial



Hari Selasa lepas aku di paksa oleh Yasmin ke sekolah dia untuk ambil duit RM 100 yang kerajaan bagi tu.  Mulanya aku ingat nak pergi hari Rabu aje sebab eimran pun tak dapat surat lagi dari guru kelas dia, mungkin hari selasa baru dpt...tapi dari malam tu lg dia dah merengek2 suruh jugak aku pergi hari selasa tu sampai tak boleh tidur dia...geram aje aku kat dia tu...yang buat dia panik tu sebab dlm surat tu cikgu tulis kena collect hari selasa or rabu kalau hari lain tak di layan.  tu yg dia takut sgt kalau aku tx pergi jugak tu...
Kali ni aku bawa danial sebab dia bangun awal lak pagi tu...hehehe...Dari jauh danial dah nampak gambar planet2 ni terus dia ajak aku gi dekat nak tengok.  Danial suka kalau benda2 berkaitan ngan cakerawala ni...dia kan nak jadi angkasawan...lepas bergambar kat sini elok aje dia ajak balik...

21 November 2011

Kreatif Sangat

Memang kreatif bebenor anak aku ni...ambik gambar kaki sendiri.  Inilah kerja qaseh kalau nampak aku pegang kamera, dia pun sama sibuk nak ambik gambar.  Tapi ntah apa2 gambar yang di ambik nyer.
Kalau kerja-kerja cam ni mestilah ada tok guru nyer kan.  Agak2 sapalah tok guru qaseh ni kan??? Hahaha sapa lagi kalau bukan abang nel kesayangan dia tu.  Berebutlah masing2 nak menunjukkan kekreatifan masing2.

Oklah ni hasil kreativiti qaseh, tunggukan pulak hasil abang nel dia.  Semua benda nak di snapnya.

19 November 2011

My Bam Bam Girl

Hahaha..suka hati aje aku nak panggil dia 'bam bam'...short form utk 'tembam'... mengamuklah yasmin kalau dia baca ni.  Sedap betul kalau peluk dia, macam peluk bantal aje.  Yasmin ni susah nak cakap sikit perangai dia.  Dia tak cakap dengan semua orang.  Bukanlah memilih, tapi ntahlah.  Kadang ngan sepupu sepapat pun tak cakap, asyiklah duk menempel ngan aku.  Kalau balik kampung, oklah sebab sepupu dia lebih kurang aje umur, tapi bila masuk yang besar sikit, mulalah dia menepiiiii aje.  


Sekarang ni dia tetiba aje nak menguruskan badan.  Memanglah ayah dia duk kata dia gomok..tapi aku selalu marah sebab biarlah budak tu nak makan ke apa, nanti dah besar taulah dia nak maintain cam mak dia...Skrg ni yasmin dah tak nak makan malam...hari tu aku tengok dua tiga malam dia tak makan lepas tu masa nak tidur dia ngadu sakit kepala.  tu dah masuk anginlah tu...


Yasmin ni sikit sebanyak aku tengok cam aku aje masa kecik2 dulu.  Cam pendiam dia tu...hehehe adalah tu nak kata aku perasannnn...chiiitttt... Lagi satu dia kalau makan apa-apa mesti ingat kat aku.  Masa kecik2 dulu aku kalau makan apa2 pun mesti ingat kat arwah mak aku.  Tapi yang pasti aku tak suka banyak tanya...yasmin ni banyak tanya tau!  Kadang2 hangin jugak aku nak menjawab soalan2 cepu mas dia tu... aku suka membaca, dia pun suka membaca jugak...kadang tu tak payah suruh.  Rasanya kalau budak pompuan memang cam tu kot.


Bam bam tu memang samalah.  tak dapatlah den nak menafikan.  walau pun bam bam tapi comelssss...rambut kita orang pun sama...lurus aje no bengkang bengkok.  


Alamakkkk yasmin dah datang bacalah...tata titi tutu...

18 November 2011

Sambal Ayam jer

Ni lunch ke dinner aku pun dah tak ingat.  Biasanya kalau hari Sabtu or Ahad memang akulah yang take over bab masak memasak ni.  Kalau ayah dia orang ada and mood rajin sudah mari, dialah yang masak.  Tapi semenjak dua menjak ni ayah dia orang tersangatlah busy tahap maksima.  Tak ada masanya nak masak memasak ni...ehhh adalah hari tu buat chicken chop lepas raya haji.  Nantilah aku cari gambar kat dlm folder.  
Kalau hari biasa ada juga aku masak lepas balik kerja, tu pun tengok pada kerajinan dan kecepatan aku sampai rumah.  Tapi yang penting tengok jugaklah pada keinginan anak tekak nak makan apa.  Cam tempe goreng cili api hari tu, memang teringin sangatlah tu...harus di usahakan.  Anak2 aku berselera aje kalau omak eh yang masak.  Tu sebab kalau penat cam mana pun aku akan cuba jugak masak utk anak2 terchenta.  

Sayang Aceh


Ha'ah memang lah abang danial sayang kat aceh.  Time mood dia baik...memang sayang sgt.  Tapi tunggu sat lagi kalau time bad mood sudah mari, teruk jugak adik dia ni di karate nya.  Baru ni danial naik hangin ntah pasal apa, dgn dua tangan dia tu dia pi tarikkkkk rambut qaseh...nasib qaseh ni makan pujuk jugak.  Kejap ajelah dia nangis lepas di pujuk bibik sonyaplah dia.  Masa aku balik kerja, riuh mulut qaseh nak report apa abang dia buat.  

Hari tu aku tinggalkan qaseh kat rumah sebab masa aku keluar tu dia tengah tidur, aku budget sepanjang aku tak ada tu dia tidur ajelah...sekali tu dia bangun mencari aku satu rumah.  Dari satu bilik ke satu bilik di carinya....alahai kesiannya dia...

16 November 2011

Memang Halusssss

wa cakap lu...tak caya cubalah minum nescafe 3 in 1 ni.  Halussssssss aje...sesekali pekena nescafe ni sodap jugak.


Aku skrg nikan buat entry auto publish.  Aku siap2kan entry budget utk seminggu, kasi susun satu persatu.  Kat opis aku skrg ni dah tak boleh nak online sgt.  Harus setiap sabtu or ahad aku buat entry berderet.  Hari sabtu pun kalau tak berebut ngan eimran.  Nampaknya aku kenalah menabung ni simpan duit nak beli utk aku, no sharing tau!  Half half ya en suami...awak pun selalu gak online rebut2 ngan eimran...


Ini entry stok dah tak ada story mory, tapi tetap gak nak masukkan entry...layan ajelah ya..

Happy Besday Mak Ngah

Ini antara aktiviti mlm raya haji hari tu.  Potong-potong kek secara kecil-kecilan...potong2 tu mcm byk aje keknya kan...tak ada makna, seketul tu ajelah...disertai dengan nyanyian Allah selamat kan kamu...
Nilah besday girl malam tu.  Actually besday dia end of October tapi saja buat potong kek ni kat kampung.  
Disebabkan dah lama tak makan kek resepi rahsia ni kan, laju aje dah nak tinggal separuh.  Aku pun makan sepotong aje.
Seeeeeee...qaseh makan lagi...sedang menikmati...

15 November 2011

Mak Berjaya

hahaha...berjaya mengcollect t-shirt drypers ni.  ada 3 kaler semuanya.  Biru, hijau ngan kuning. yeahh...tiga-tiga kaler qaseh dah ada.  Bukan apa, t-shirt dia lembut.  Kebetulan hari tu kat tesco ada offer drypers ni, selalu rm 32-34 kan, hari tu rm 27 aje, harus aku sambar dua dengan harapan kaler t-shirt kat dlm tu lain-lain, hehehe.   Sampai rumah terus buka dua2 sekali, hehehe berjaya jugak mak ko qaseh....yang pasti kegiatan ni jangan sampai ke pengetahuan ayah dia orang.  Harus dia tentang habis2an.  Lakonan mesti hebat masa nak sambar 2 sekali tu...
Blue kaler.  Lagi satu warna kuning dah dapat awal.  So masa balik kg hari tu tak bawa lah.  Kasi lenjan yang baru ni...so cepatlah dapat kan di pasaran sementara stok masih ada...

Tempe Goreng Cili api


Lama sangat dah tak buat tempe goreng cili api ni.  Masa on the way balik kerja Jumaat lepas, tetiba aje teringat dan terus teringin nak makan tempe goreng ni.  Selalunya kalau lama tak buat, eimran lah tukang ingatkan dah lama tak makan, tapi kali ni dia sonyap ajo.  Sampai omak eh sendiri pulak yang teringat...
Balik kerja aje terus terjah kedai kat rumah cari bahan.  Malam tu jugak keinginan ku tercapai.  Sokojapan solosai...nak ajak pun dah habis lah...

14 November 2011

Mengantuk Sangat dah...

Dah mengantuk sangatlah tu sampai tak sempat nak naik atas katil betul2.  Separuh aje badan dia atas katil, kaki terjuntai kat bawah.
Budak kecik sorang ni memang suka tidur lambat.  Hari ni memang dia dah mengantuk sangat lah tu.  Selalunya kat rumah ni, dialah orang terakhir tidur, ayah dia pun surrender ngan dia ni.  Kalau dah tidur lambat, haruslah bangun pun lambat.  Bagus jugak, tak adalah dia buat drama sebabak ajak ayah dia pergi kedai pagi2 tu.  Selamat aku....hahaha...teruk kan mak dia ni...sayangggg adam...

Before Aidil Adha

Nasi impit ni aku dah siap rebus kat rumah lagi.  Sebab nanti kalau balik kampung sampai pun dah malam, tak ada maknanya nak merebus malam2 tu kan.  Lagi pun kalau balik kg, kena buat kerja lain, nak mengelap2 rumah yang berhabuk.  Segala pinggan mangkuk nak kena cuci balik.  Memang lah tak ada masa nak merebus bagai.  Lainlah kalau balik awal pagi.  Tapi ada sekali tu, kakak aku balik awal, tapi satu apa dia tak buat...hangin kan...dasarrrrr...hahaha...jangan mareeee....
On the way nak balik tu, haruslah singgah samuri kat senawang nun nak beli kuah kacang.  Kita org memang beli aje kuah kacang sekarang ni.  Sampai rumah panaskan aje atau kalau rajin sikit, tumislah balik.  Tapi balik raya baru ni, panas kan sajorkkkkkkkk...Disebabkan sampai malam, kakak aku beli sekali ayamas ni.  Dah lama weeiii tak makan ayamas.  Dulu kat Balakong ngan Kajang ada ayamas, skrg ni dua-dua dah tutup.  Kalau nak jugak kena pergi kat Bt 9, Hulu Langat nun.  
Masa beli kuah kacang kat samuri, belilah sekali sate ni hah.  Ada jugak acara motong kek besday kakak aku, tapi gambar kat dlm kamera.  Gambar ni semua dari hp cap ayam aku jer.  Nanti ada masa aku loadlah gambar kat sini.
Penuh perasaan qaseh makan.  Ntah apa yang dia makan masa ni, ayamas kot.  beria-ia menggigit.  Budak ni kan makan saje, tak cerewet cam abang dia.
Tengok...orang sibuk kat meja makan, dia sibuk nak tengok tv.  Berkali2 di panggil pun tak datang jugak.  Nasib baik balik kg kali ni senang nak dapat siaran astro.  Kalau tak tu jenuh jugak nak menunggu sejam dua.
ooohhh...ini adalah sangat nostalgia.  ubat nyamuk, ular mati hisap rokok..hehehe.  Dulukan masa kecik-kecik paling tak suka nak pasang ubat nyamuk nilah.  Sebab dulu aku penakut nak hidup kan api guna mancis tu.  Sekarang tidak lagiiii..kalau balik kg skrg ni TETAP kena pasang ubat nyamuk ular mati hisap rokok ni...kat kg tak adanya yang elektrik punya tau.  Setakat sembur ngan ridsect tu tak maunya pergi nyamuk2 kat kampung tu.  

13 November 2011

Sesekali

makan benda ni tak apa...jgn selalu tau.  Aku pun sesekaliiii aje beli utk anak2 terchenta.  Yang ni aku cilok bawak gi opis.  Tapi tak makan sorang2 pun, share lagi ngan kawan kat opis.
Anak-anak aku ni kalau time beli barang hujung bulan tu suka aje nak ngikut.  Tahu dah nak mengepow makpak dia orang.  Macam2 di ambilnya.  Tapi kadang2 kena tapis jugak...bukan semua benda aku layan ngan dia orang ni.  
Related Posts with Thumbnails