Nasi impit ni aku dah siap rebus kat rumah lagi. Sebab nanti kalau balik kampung sampai pun dah malam, tak ada maknanya nak merebus malam2 tu kan. Lagi pun kalau balik kg, kena buat kerja lain, nak mengelap2 rumah yang berhabuk. Segala pinggan mangkuk nak kena cuci balik. Memang lah tak ada masa nak merebus bagai. Lainlah kalau balik awal pagi. Tapi ada sekali tu, kakak aku balik awal, tapi satu apa dia tak buat...hangin kan...dasarrrrr...hahaha...jangan mareeee....
On the way nak balik tu, haruslah singgah samuri kat senawang nun nak beli kuah kacang. Kita org memang beli aje kuah kacang sekarang ni. Sampai rumah panaskan aje atau kalau rajin sikit, tumislah balik. Tapi balik raya baru ni, panas kan sajorkkkkkkkk...Disebabkan sampai malam, kakak aku beli sekali ayamas ni. Dah lama weeiii tak makan ayamas. Dulu kat Balakong ngan Kajang ada ayamas, skrg ni dua-dua dah tutup. Kalau nak jugak kena pergi kat Bt 9, Hulu Langat nun.
Masa beli kuah kacang kat samuri, belilah sekali sate ni hah. Ada jugak acara motong kek besday kakak aku, tapi gambar kat dlm kamera. Gambar ni semua dari hp cap ayam aku jer. Nanti ada masa aku loadlah gambar kat sini.
Penuh perasaan qaseh makan. Ntah apa yang dia makan masa ni, ayamas kot. beria-ia menggigit. Budak ni kan makan saje, tak cerewet cam abang dia.
Tengok...orang sibuk kat meja makan, dia sibuk nak tengok tv. Berkali2 di panggil pun tak datang jugak. Nasib baik balik kg kali ni senang nak dapat siaran astro. Kalau tak tu jenuh jugak nak menunggu sejam dua.
ooohhh...ini adalah sangat nostalgia. ubat nyamuk, ular mati hisap rokok..hehehe. Dulukan masa kecik-kecik paling tak suka nak pasang ubat nyamuk nilah. Sebab dulu aku penakut nak hidup kan api guna mancis tu. Sekarang tidak lagiiii..kalau balik kg skrg ni TETAP kena pasang ubat nyamuk ular mati hisap rokok ni...kat kg tak adanya yang elektrik punya tau. Setakat sembur ngan ridsect tu tak maunya pergi nyamuk2 kat kampung tu.
Assalam yati..acik pun ingat jugak ubat nyamuk tu..dulu kalau balik kampung..arwah bapak dah siap2 pasangkan sebelum kita masuk tidur lagi..nanti nyamuk katanya..
BalasPadam