Lama betul tak makan sambal kuinin ni. Lepas balik dari sekolah yasmin singgah kat kedai belakang rumah ni nak beli ayam, terbau pulak buah kuinin ni. Harum semerbak, menggoda betul. Dua tiga kali aku duk tengok buah tu nak beli ke tak, nak beli ke tak...sudahnya beli jugak sebab tak boleh tahan dah...
Balik dari kedai terus bersimpuh tumbuk lada. Eimran ingat aku nak buat sambal belacan, tak lah ibu nak buat sambal kuinin. Tak pernah makan pun...tak pernah makan lah ibu nak bagi makan hari ni...hehehe...Mulanya dia macam jual mahal aje nak rasa, sekali bila dah rasa baru tau kesedapan nya...
terbau sambal kuinin dari dapur yati pulak... tadi dah makan di rumah Hazila, sampai sini tak nak lepas peluang... nak tumpang semulut ye yati...
BalasPadam