25 November 2011

Nasi Lemak Lagi dan Lagi dan Lagi

Pecah rekod betul aku...bulan ni aje dah 3 kali aku buat nasi lemak.  Saja nak praktis...kan practice make perfect.
 Lagipun kan cuti sekolah ni kenalah buat makanan yang berat sikit.  Time cuti sekolah nilah stok makanan nak kena ada aje...


Yang ni aku yg teringin sangat nak makan telur mata kerbau ngan sambal cam ni.  Puas hati dapat makan....Walaupun semalam sampai rumah agak lambat jugak, tapi aku usahakan jugak sebab tekak sendiri yang nak makan kan.  


Tak boleh nak menceceh panjang2 sebab qaseh dah merengek nak nenen.  Lepas tu nak bersiap pergi kerja....Salam Hari Jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails