24 November 2011

Roti

Sesekali bila tak ada ribut tu aku buatlah roti ala-ala banjo cam gambar ni buat bekalan ke kantor.  Buat dua untuk aku dengan en suami.  Dia kalau buat yang simple macam ni dia naklah makan.  Kalau aku bekalkan nasi nanti susah dia nak makan.  Memanjang lupa aje katanya.  Aku ni pulak suka spot check bila dia balik tu tanya, awak makan tak nasi bekal tadi?  macam ada apa2 ajekan...haruslah dia cakap sori lupa, sambil bagi balik tupperware tu ngan muka yang rasa bersalah...


Untuk anak2 kat rumah, dia orang suka makan dengan kaya.  Danial tu siap menjilat2 kaya lagi.  Aku dah google resepi sekaya ni, cuma tunggu vitamin 'r' aje tak mari2 lagi.
Ada masa rajin aku buatlah roti bakar ni.  Ni baru buat Isnin lepas.  Danial yang request.  Dia tu kan susah nak makan, bila dia sebut aje nak roti bakar, aku yang tengah baik punya landing ni pun terus lompat tinggi nak membuatkan untuk dia.  Banyak juga dia makan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails