13 Disember 2011

Aktiviti Hari Sabtu

Hari Sabtu lepas aku anak beranak tak kemana-mana pun.  Pepagi Sabtu tu adalah aku ngajak yasmin ke taman nak jogging, tapi anak bertuah tu tak nak pulak. Selalu tu pantang aku ajak, tak pernahnya menolak...adalah tu yang di rajukkan.


Teruslah aku fikir nak buat apa breakfast pagi tu.  Eimran duk ingatkan suruh buat pancake.  Hari tu masa beli barang kat Giant, ternampak jenama Pillsbury.  Nampak cam senang baitu.  Langsunglah aku sambar sekotak.  Contoh kotak kat bawah tu ya.  Pertama kali buat, not bad jugak...gebu gebas.  Itupun aku bancuh ngan susu sikit. 

Sekotak ada dua plastik kat dlm tu.  Kiranya utk dua kali bancuhanlah.  aku dah bancuh seplastik hari tu, tapi kejadian adalah sangat buruk.  Tak tergamak nak masuk kan kat dlm blog.  Ni kira bolehhhhhhh lah...
Tengahari tu pulak fikir nak masak lain tapi aku gi masak lain pulak.  Ni semua gara-gara nak mencari benda lain sekali terjumpa rempah kari.  Rasa cam dah lama aku beli...terus datang idea nak masak kari.  Kentang pun ada.  santan pun memang ada stok.  so on lah masak kari tengahari tu.  Aku ni julung-julung kali masak lauk berkuah ni.  Tak kiralah masak lomak ke atau kari.  Masak lomak tu memang tolak tepi lah...


Tak sangka pulak mendapat sambutan kari aku hari tu.  Bertambah-tambah anak2 makan.  aku masak kari ayam hari tu.  Kalau dah lauk ayam tu memang laju ajelah...
Petang tu pulak yasmin sibuk suruh aku buat kuih ketayap.  Aku pun dah siap2 google the day  before tu cara2 nak membuatnya.  pertama kalilah katakan.  tapi tak tau kat mana silapnya, bila nak menggulung tu kulit tu pecah.  sudahnya aku gulung terus tak ada lipat kat belah kiri kanan tu.  walaupun tak memuaskan hati aku letak ajelah bukti rupa kulit tu hah.  Ghoper selepas di gulung tu tak lalu nak ambik gambar.  Walaubagaimanapun inti kuih ketayap tu menjadilah cuma tang kulit tu aje yang failed.  Kita belajar lagi.  adalah dapat dalam 5 ke 6 keping kuih tu.  aku rasa separuh aje.  yang lain lepas gulung aje habis...
Memandangkan lauk kari ayam tengahari tu dah tinggal sikit, kenalah tambah ngan sayur asparagus yang dah layu di tasik madu.  Ni pun sama jugak, nak masak lain sekali nampak sayur yang dah nak layu, terus lah di masak.  Nampaknya hari ni plan aku semua kelaut...nak buat benda lain jadi benda lain..hehehe...tapi tak apa, semuanya mendapat sambutan dari anak2 terchenta.  Sayur ni aje terpedas sikit, sebab aku tumbuk ngan cili api.  Menggelupur danial lepas makan mencari air...hahaha...
Bila malam dah settled semua layanlah budak kecil ni.  Susah betul nak mengikat rambut dia. rambut dah panjang, nak potong nanti ayah dia bising. nak diikat dia tak nak pulak.  puaslah kena pujuk...tak makan pujuk kena ugut cakap nak pergi kedai baru nak ikat... ish...ish... ish...Bila dua orang yang kecil ni dah tidur, bolehlah layan eimran ngan yasmin lak main card old maid.  Nyampah tau asyik aku aje yang kalah.  tak puashati betul.  aku kalah dua kali, eimran ngan yasmin sorang sekali...selagi eimran tak dapat old maid aku tak berhenti main. Lepas dia kalah aje terus aku ajak semua masuk tidur...dengkikan mak ko bang...

1 ulasan:

  1. Selamat pagi yatie,
    comelnya anak dara dia.... kelmarin pun Kak Amie breakfast lempeng@pankek

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails