06 Disember 2011

Riadah Bersama Anak-anak

Ya benar, aku beriadah dengan anak2 terchenta.  Biasanya kita orang pergi sebelah petang tapi sejak musim tengkujuh ni kenalah pergi sebelah pagi.  Hari tu bawa waktu petang dah separuh jalan, hujan turun renyai2...teruslah patah balik sebelum basah lencun.  Kalau dah patah balik tu, faham2 ajelah ngan anak2 yang kecil ni.  Manalah dia orang faham kenapa kita patah balik kan?  Tak pasal2 kat dlm rumah pulak 'ribut petir'...
Ni pun dalam pukul 7.30 pagi jugak lah baru pergi taman.  Dapatlah aku catwalk dlm 5 round dan dia orang mainlah buaian and segala mainan kat taman ni.  5 round tu cukup ke 1000 langkah???  rasa macam tak cukup ajekan.  tak per next time kasi 10 round lak...
Balik aje dari taman, masing2 ajak singgah kedai nak beli air.  Macamlah rumah dia orang tu jauh bebenor, padahal belakang kedai aje tu pun merengek kehausan...hailah anak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails