02 Disember 2011

Cerita Qaseh

Budak kecil nikan sekarang memang garang.  Jangan sapa berani dan suka2 hati nak cium dia...mengamuk lah dia.  Bukan setakat menangis aje, siap suruh aku lap lagi pipi dia yang kena cium tu...hahaha...
Sekarang ni qaseh demam since hari Rabu lepas.  Dia demam dari hari Selasa malam lagi.  Pukul 1.30 pagi aku rasa badan dia tersangatlah panas.  Mak panik jugak.  Terus mandikan dia pagi2 tu. Lepas tu terus bagi makan ubat demam stok bulan 8 hari tu.  Siangnya tu bawa pergi klinik.  Suhu dia 40, terus doktor masukkan ubat vontot.
Sampai ke hari ni pun on and off badan dia panas.  Walaupun bagi ubat on time pun panas lagi badan dia.  Risau dah ni.  Rasanya hari ni nak bawa balik pergi klinik kalau sampai petang nanti tak ok jugak. 


Disebabkan qaseh yang kecil sekali, maka dia selalu kena buli ngan abang2 and kakak dia.  Tapi kak min kurang sikit bab membuli adik dia.  Tapi abang dia yang dua orang tu memang maksima membuli adik.  Setiap kali dia nangis mengadu abang buat mesti aku cakap kat dia, nanti ibu rotan abang ya...lepas tu tau apa dia cakap kat abang dia...habislah adam...hahaha...kelakarlah qaseh ni.


Lagi satu kalau menangis sekarang ni mesti panggil ayah...ayah baliklah ayah...tapi bila ayah balik bukan nak pun kat ayah dia...propa aje lebih...sayangggggg qaseh...

1 ulasan:

  1. makanya dia rasa gelilah tu kalau diciumpipi minta lap...siann dia, demam ye...rajin2lah makan ubat ye cayanggg Qaseh..., manjanya dia asyikpanggil ayah dia ye

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails