20 Disember 2011

Sangat Kreatif

Ntah sapalah yang rajin mengambil gambar yasmin ni.  aku rasa kalau tak danial mesti kerja qaseh.  tapi kalau qaseh kurang berhasil sikit.  gambar mesti blurrr.  Ni mesti hasil kerja danial.
kak min baring pun dia nak ambil gambar.  Lepas tu suruh kak min senyum.  Kak min senyum rela dalam paksa tu..

Berjaya juga ambil gambar kak min tengah 'tiup trumpet'.  Sebelum ni tiap kali aku nak ambil gambar mesti dia lari nyorok bawah bantal.  Hahaha..yasmin dah nak masuk 8 tahun tapi dia taklah hisap botol 24 jam.  Dia cuma tolong perabiskan qaseh punya susu yang tak habis aje.  Bila qaseh tak habis aje, kak min lah yang tolong habiskan.  Kadang2 tu qaseh bukan nak sangat susu tapi dia yang sibuk suruh qaseh mintak susu.  Balancenya dia lah yang punyaaaaaaaaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails