qaseh with kak min
Hari Khamis lepas bersamaan dengan 1hb December aku sefamily ++ bergembira kat taman tema air sunway lagoon. Saja aku letak ++ pasal bukan aku dengan anak2 aku aje, kakaks aku ngan sepupu sepapat ngan mak sedara pun bergembira bersama-sama. Kita orang sampai kat depan kaunter tiket tu lebih kurang pukul 11 kot. Anak2 kecil ni memanglah tak sabar2 nak main airkan. Mak2 kepada anak2 yang kecil lak tak sabar2 nak main segala mainan kat dlm tu. Ni kali kedua aku ke sunway lagoon. Dulu masa zaman muda remaja aku pergi pasal family day kat tempat kerja. Sekarang ni macam2 mainan ada dah kat sini. Dua kali pergi dua kali jugak aku naik jambatan gantung kat sini. dua kali jugak takat separuh jalan aje...mak seremmmm...hehehehe...pening kepala aku tengok bawah...baiklah patah balik... eimran,yasmin ngan danial berjaya sampai ke seberang.
naik mainan ni sebelum balik
Lama jugaklah anak2 terchenta ni berendam kat dlm kolam. Tapi kolam yang ala-ala pantai tu di tutup masa kita orang pergi sebab malam tu ada konsert. Artis obersea, lupalah namanya...lepas tu masing2 nak ice-cream. Tahu ajelah kat dlm tu punyalah mahal...tercekik aku...ice-cream tu aje RM 6 satu cone or satu bekas cam dia org makan tu. Actually danial punya cone, tapi dah terjatuh...nangis mak ko...tapi nasib baik abang bangla yang jual ice-cream tu baik hati ganti balik 1 scoop. nasi ayam + 1 botol air bersamaan dengan RM 15/-. Aku beli satu share ngan qaseh n mak cik aku. Makanlah sorang sikit. Beli pun sebab lepas tu nak bagi qaseh makan ubat...kan dia demam sehari sebelum tu...sian dia..demam pun mak dia bawak jugak. demam-demam pun makan ice-cream jugak...ubatttttt...
gambar tunggang terbalik dah...mainan ni naik sebelum balik
ni kat dlm sunway piramid. Tengah menunggu ahli jemaah nak pergi makan kat food court jusco. sementara menunggu tu haruslah posing2 dulu. masing-masing yang kelaparan...licin licau semua makanan...
Sekianlah saja percutian kami yang tak seberapa untuk tahun ini. Ehhhh...anak2 terchenta adalah pergi ke taman burung the day before ke sunway lagoon ni. Gambar dlm kamera gedabak atas meja tu hah. Tak dapat lagi dari tuan empunya. gambar kat kolam mandi pun
tx tag lg dr fb kakak aku. nantilah sok2...skrg ni pening kepala pasal 3 org anak aku demam + ayah dia sekali. Bermula dengan Qaseh lepas tu ayah dia. Semalam danial dan pagi ni yasmin lak. Esok aku dah nak kerja selepas cuti yg boleh dikira panjang jugak, dr hari rabu lepas...harap2 semuanya sihatlah hendaknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan