07 Disember 2011

Daging Bakar

Daging ni kakak aku yang bagi.  Ni daging korban hari tu.  Bila sampai rumah aje eimran suruh bakar.  Oklah...aku tau dia dah lama nak makan daging bakar, masa raya korban hari tu aku tak buat pun.  Bila dia dah cakap cam tu, aku pun terus lah perap ngan lada yang memang aku dah siap blend sekali ngan bawang kecil, bawang putih, halia dan lengkuas.  Aku letak dua sudu lada blend tu, lepas tu sikit sos lada hitam, kicap ngan sos tiram.
Rasanya aku perap tak sampai pun satu jam.  Dah dia orang ni asyik tanya bila nak bakar... bila nak bakar??? Teruslah aku bakar aje.  Tapi tak semualah, dalam 3 ketul aje.  Lagi dua simpan untuk esok.  cicah dengan sos cili aje.  sedap kot sebab sekejap aje dah habis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails