sempena Hari Ibu yang lepas...awal-awal dia dah bagi aku bunga ni. Masa nak beli bunga ni siap minta extra duit belanja...esok ibu bagi amin duit belanja lebih tau...kenapa pulak? Amin nak beli bunga kat kedai buku untuk ibu. Kan tak lama lagi hari ibu...kenapa pulak amin nak bagi ibu bunga tapi ibu yang kena bagi duit? Kalau amin guna duit belanja amin, macam mana amin nak makan? Amin kena pilih satu...nak makan atau nak beli bunga untuk ibu? Inilah namanya pengorbanan...amin tak nak pengorbanan...haiii sabar ajelah aku dengan Yasmin ni..
Ni kira hadiah untuk diri sendirilah jugak ni...apapun terima kasih ya yasmin ku sayang...berbezakan anak pompuan ngan anak lelaki ni...eimran tak heran langsung bab-bab ni semua. Tapi Danial lain...mungkin sebab dia kecil lagi kot. Dia bukan cakap selamat hari ibu..dia cakap terima kasih ibu...ala la la tomeinya...sama-sama danial...
yasmin, what you give for your mummy yang beautiful ni plak???? oooo lupa ya.....
BalasPadam