16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Seingat akulah kan sepanjang zaman aku bersekolah dulu, rasanya aku tak pernah lah pulak sibuk nak bagi hadiah kat cikgu time hari guru ni...macam mana nak bagi...mak aku pun cikgu gak, kalau aku bagi kat cikgu lain nanti...kecik ati mak aku...hehehe...Kalau ada pun masa darjah 6 sebelum kita orang pergi ke sekolah menengah adalah bagi kat cikgu cikgi sekolah rendah masa tu brooch.  Aku pun tak ingat sorang kena bayar berapa...tu pun collection murid-murid darjah 6 masa tu...personal bagi rasanya tak ada kot.

Bila Eimran masuk sekolah keb pun sama juga.  Tak adanya dia sibuk suruh aku carikan hadiah untuk hari guru...dia tak ada cikgu fav kot! TAPI bila anak pompuan aku yang sorang ni masuk sekolah keb...hari Isnin hari tu lagi dah cakap dengan lemah lembutnya minta aku belikan hadiah untuk cikgu kesayangan dia Pn NorAzlina.  Ibu belilah apa saja, janji ada hadiah untuk cikgu amin...beli bunga sekali ya...amboiiii...banyak cantik...sedap aje dia order dengan ibu dia...
Aku kan ibu mithali...(bluwekkkk) pergilah carikan juga hadiah untuk cikgu kesayangan dia tu.  Cantik sangatlah sebab memang ada pulak mug yang siap dah tulis selamat hari guru ni.  Semoga cikgu bahagia dunia akhirat lagi...Harga pun kira mampu belilah...
Punyalah suka budak pompuan tu.  Balik mengaji aje terus terlompat-lompat tengok aku dah belikan hadiah utk cikgu dia.  Gambar dah balut lupa pulak nak ambil.  Yasmin kata, ada kawan dia cakap kat dia yang dia paksa ibu dia beli hadiah untuk hari guru...dia balas balik cakap, mana ada...Rupanya masa perhimpunan semalam(selasa) guru besar ada cakap jangan paksa ibubapa beli hadiah untuk cikgu malam ni! Amin tak suruh ibu beli malam ni, amin suruh ibu beli malam semalam(Isnin)...hahaha geram aku dengan dia ni tau...suka putar belit...
Anyway Selamat Hari Guru untuk semua cikgu kat Malaysia ni...especially to cikgu cikgu yang pernah mengajar aku di sekolah rendah dan menengah.  Antara nama-nama cikgu yang aku ingatkan...sek ren :cikgu Laila, cikgu Mokhtar, cikgu Jamal, cikgu Ros, cikgu Alauddin(cubit sakit ni), cikgu Halimahton, cikgu Fatimah(mak akulah tu), Pn Hj Salmi(Guru Besar), ramai lagilah...not bad juga ya sebab masih mengingati nama-nama cikgu zaman sekolah rendah.  Sek menengah : Pn Azimah, Pn Hamidah, ustazah zaiton, Mrs Joseph, Cikgu Adnan, Cikgu Shamsir, Cikgu Mazlan, cikgu Akashah(fav teacher aku ni masa form six)...yang lain tak ingat lah...Selamat Hari Guru... cikgu.

Oh ya..ramai jugak kawan-kawan aku yang jadi cikgu ni...norma, mas azita, azlin,ezlin, julia, zaini...eh ramailah...tak tersebut aku kat sini...korang pun selamat hari guru ya...tingkatkan kesabaran sebanyak yang boleh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails