22 Mei 2012

Rejab

gambar dari google
Sebenarnya semalam lagi aku nak masukkan entry pasal bulan Rejab ni...tapi dah blogspot tak mau keluar gambar semalam selepas percubaan kali ke 3, aku terus signout.  Hari ni 1 Rejab.  Cepat betul masa berlalukan.  Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab.  Lepas ni Syaaban dan lepas tu Ramadhan.
Mesti ramai yang berpuasa sunat hari ni kan.  Aku pun puasa juga...tapi hari ni ntah dugaan apa agaknya...aku rasa teramatlah letih.  Sampai nak berdiri pun rasa macam tak mampu dah...melampau sungguh...
Sebenarnya aku biasa aje kalau tak bangun sahur.  Tapi kalau bulan Ramadhan tu wajib bangun sahur sebab anak-anak pun berpuasa...kalau tak bangun nanti kesian kat dia orang pulak.  Selalu kalau berpuasa Isnin Khamis tu aku okay aje tak bangun sahur...tak tahulah hari ni kenapa...Allah nak bagi pahala lebihlah tu...mudah-mudahan...
Okaylah since mood kelaut...sebelum entry merapu meraban, Selamat Menyambut Bulan Rejab.  Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini.`

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails