Dari 31hb tahun lepas aku cuti, sampailah hari ni 4hb Jan. Lamakan...Qaseh pun dah tak nak berenggang dengan aku. Pantang aku duduk aje, mulalah dia datang nak buat 'projek'...
Esok start kerja dah, malasnyaaaaa...danial pulak sekarang ni, dah pandai cakap, kalau aku pakai baju duduk rumah dia tanya, bu duk umah ya? maksudnya, ibu duduk rumah ya...kalau aku angguk, suka dia...kalau aku kata nak pergi kerja, mulalah buat muka sedih...ciannnn adam...
Cerita tentang persekolahan Yasmin, dia ok, tak menangis pun. Masa rehat, aku tengok aje dia membeli makanan sendiri, memang pass lah dia...aku rasa kalau Eimran tu, tegak berdiri aje kat kantin tu...Hari Isnin pun aku still monitor dia masa rehat, memandangkan hari Jumaat sebelum tu ramai sangat murid2 kat kantin, so masa hari Isnin tu, aku belikanlah siap2 kuih untuk dia, anak bertuah ni tak nak, dia nak beli sendiri...sabar ajelah...
Masa kat sekolah agama pun sama, dia ok aje. Cuma bila nampak ada budak2 makan ais-krim, mulalah dia merengek nak ais-krim jugak...aku tak ambik gambar yasmin masa kat sekolah agama ni, sebab battery kamera dah kong. Lagipun aku tengok tak ada pulak ibubapa yang sibuk duk klik2 macam kat sekolah kebangsaan...
Malam menjelang tahun baru, plan asal nak tengok bunga api dari KLCC, sebab tahun lepas nak tengok bunga api kat Putrajaya tak kesampaian. Lepas makan satay kat sate station, aku terus balik...tak jadi nak tengok bunga api dari KLCC. Tapi kita orang tengok bunga api kat Mines, dekat sikit dengan rumah. Tapi ciput aje bunga api dia, sekejap aje...
Siang hari tahun baru, aku dengan kakaks aku bergembira pulak kat Kota Keriangan, nanti aku story pasal gambar tak resize lagi...masa kat sini, puashati dapat tengok bunga api...tapi dah nak habis tu, kabus tebal sangat sampai tak nampak dah bunga2 api tu...
Oklah gambar2 nanti aku loadkan, entry ni tak ada gambar...1st entry di tahun baru...Sebelum terlupa, aku rasa belum lambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru, pada semua pembaca blog picisan aku ni, moga tahun 2011 ini aku akan lebih sukses...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan