31 Disember 2010

Ke Sekolah

Hari yang di tunggu2 oleh Yasmin akhirnya...tak ada can aku nak bangun lambat di hari cuti2 Malaysia...muehehehe..Excited nak pergi sekolah, senang betul nak mengejutkan dia.  Dari semalam lagi dia dah siap kan semua peralatan sekolah, siap letak stokin kat kasut, baju  sekalikan dengan tudung...
 Beratur di barisan kelas sementara.  Masa ni belum ramai sangat murid2 tahun 1 yang sampai.  Kita orang sampai pun sebelum pukul 7.30pagi.
 Kelas sementara untuk Yasmin.  Hari ini saja ada ujian diagnostik(betul ke ejaan ni?).  Aku dah siap pesan dengan Yasmin jawab betul2, jangan main hentam aje...Aku nak ambil gambar nama dia yang tertera kat pintu tu, tapi tak jelas pulak.  Aku nak tunjukkan yang pihak sekolah tersalah tulis nama bapa dia.  Instead of Yasmin Zahirah bt Mohd Zulkifli, dia orang tulis Yasmin Zahirah bt Md Ali...hehehe...Md Ali tu Tok Aji dia, iaitu arwah bapak aku.  Tu yang Eimran duk kata adik bongsu aku nak masuk sekolah...hahaha...
 Ucapan oleh Guru Hal Ehwal Murid, Puan Zalilah.
 Dalam kelas...macamlah orang tak tahu ini kelas...
He..he..he...seeeee...Yasmin bawa air dalam bekas eco bottle by Tupperware.  Sempat lagi buat promosi, open for order..shout..shout ya..
Sebelum balik, beratur untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan lagu negeri Selangor.  Akak kalau lagu Negaraku, memang hafal dari tadika dulu, tapi lagu negeri Selangor, minta maaf lah ya.  Lagu Negeri Sembilan pun dah tinggal separuh je..muehehe...

1 ulasan:

  1. Salam perkenalan.. samalah anak ayu yg bongsu pun masuk Tahun 1 jugak..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails