30 November 2010

Rendang Daging Korban


Tak taulah nak letak rendang apa, tu yg letak rendang daging korban.  Lagipun guna daging korbankan...Bukan aku yg masak, cuma tukang kacau kuah rendang tu jer...pengakuan jujurrr....rasaaaaa...biasa jer...muahahaha...hangin kakak aku nnt...rasanyer sedap lagi rendang masa raya hari tu...muehehehe...tx pasal2 kang dia call aku suh buat sendiri..ampunnnnn tuanku...

Tapi nampaknyer eimran suka, maknanyer sedaplah tu...tapi sebenarnyer eimran tu apa rendang pun dia suka.  Peminat rendang anak aku tuh...

Resepi turun temurun dari arwah bonda tercinta.  Kalau dulu pakai rempah buat sendiri, tp skrg tx ada sapa dah nak buat kan, so gunakanlah rempah rendang mak siti...'mak' jugakkan...

Twinkle Twinkle Little STAR

tq to google
Aduhaiiii..tx tahulah aku nk cakap cam ner...perasaan bercampur baur...bengang dan sakit hati.  Ni bukanlah kali pertama aku naik kenderaan awam ni, dah beribu riban kali, ntah2 dah berjuta kali.  Dlm bulan lepas jer ntah berapa kali nama aku kat bawah garisan tak tau lah...hangin ok...bangun pepagi dengan harapan dpt jd pekerja contoh, tp bila sampai kat stesen lrt, aku kadang rasa cam nak patah balik pun ada...
tq to google
Kejadian seumpama ni, cam biasa sgt kalau time pepagi org sibuk nk gi kerja tu...kadang tu aku pun cam pelik gak, time aku sampai jer... ramai lak yg sampai sama...
tq to google
Tapi paling tx tahan pagi tadi, aku kira dah awal lah tu, dgn cuti sekolah lagi, tentulah semuanyer berjalan lancar...tapi sayang...tetiba rasa nak nyanyi...kat stesen tempat aku naik tu jer dah penuh org, aku dah syak dah, ni mesti tx ada train ni...adalah dlm 5 minit kot aku tunggu, 2 train dr arah bertentangan dah lepas, tp 1 pun tx ada yg patah balik lalu kat tempat aku nak naik ni...bila sampai jer train, yg kat dlm tu pun dah mcm sardin, kalau yg ada kat stesen tu masuk, tx taulah cam apa dah...tx nak lambat punyer pasal, bertolak2 jugaklah masuk, kasi mampat lagi isi 'sardin' ni...

Kat stesen2 yg di depan pun ramai yg menunggu, hanya 1 atau 2 org jer yg lepas naik...tu pun pintu dua tiga kali duk bukak tutup pasal tersepit ngan beg...
tq to google
Sekali train lipat cam gambar ni, mana nak pegang???  Dah lah tx ada train, sekali bila nak sampai kat stesen Chan Sow Lin boleh pulak annoucement tu kata 'next station is Bkt Jalil'...ooooohhhh tolonglah...TOLONGLAH....kalau hari2 cam ni, aaarrrgggghhhh.... bilanyer aku nak jadi pekerja contoh????muahahaha...

28 November 2010

Dinner Tonite



Rasanyer nilah baru aku nak hapdate dlm kadar segera...hehehe...sajer aku suh eimran buat latihan sekolah, ada chancelah aku nak update ngan aman n tenteram...Ya..nilah menu dinner aku ngan anak2 tadi.  Ni kes terliur tgk K.Nor kat T'ganu nun buat masa raya korban, pas tu tengok kat blog Along Roz, tx tahan dah...aku nak buat tp daging korban tx sampai2, jenuh nunggu, baru semalam berjaya mendapatkannyer.

Aku perap dari kul 12 tgh hari tadi, dlm kul 6 ptg baru bakar...sedapppp...berebut2 makan ngan bebudak ni.  Cicah ngan sos cili jer, ada lagi sikit tinggal utk ayah dia org lak.  Kalau tx di ingatkan tu mau habis dah.  Qaseh pun suka, dia skrg ni makan jer apa yg kita org makan...

27 November 2010

Tembakan dari tingkat 37

 dua puluh...camlah org tx tau..
 tiga puluh empat, dlm perkataan...
 tiga puluh tujuhhhhh.....



Tajuk n3 dasat, tx mau kalah punyer..hehehe.  ni sumer hasil tembakan en suami...akulah yg suruh dia buat part time job ni.  dah lama dah dia tolong klik2 kan pemandangan yg menarik ni, aku jer yg cam kura2 nak masukkan kat blog...

ni kat site office dia di Putrajaya, dia buat kerja kat tingkat 37, bangunan apa, aku tx pastilah pulak...tp kalau balik kerja tu, dia selalu lah citer yg dr tingkat 37 ni, pemandangan cantik, tu yg aku suh dia ambik gambar tu...
Posing dr tingkat berapa ni tx tahulah...sompek gak posing ya...

26 November 2010

Suami Kita Tak Sama Tau....

Email dari seorang kawan : Tazkirah Pagi Jumaat

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI


Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.  Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

25 November 2010

Makan-makan lagi...

Tak ingat lah pulak bila gi makan kat sini...lama terperap kat dlm kamera, baru ni berjaya upload...sesekali tuan tanah nak gak interframe kan...hehehe..
 Danial suka betul bila tgk milo tabur ni...sampai berterabur atas meja...sabar jerlah ngan budak ni...kat rumah jgn harap nak buat cam ni yer...ke dia org dah buat sesenyap... patutlah milo cepat jer habis..
 Order ni utk qaseh
chicken chop ni aku punyer sebenarnyer, tapi di rampas oleh anak bertuah ni...tx apalah as long as dia nak makan.  dia makan nasi goreng tu jer pun...
 cendol soya kalau tx silap ke mmg silap...tx ingatlah

 ayam goreng kunyit + garam ni pun yasmin beria makan...suka betul makan ayam goreng
 qaseh punyer jugak
Lepas makan2 tu, kita org zaaaassss gi rawang rumah sister in law.  Danial dah kekenyangan terus tidur...dia kalau tidur cam tu, cam tu jerlah tx boleh di alihkan, maunyer dia mengamuk nnt...
Ni dah bangun, terus 'melombong'...lepas tu tanya kat ayah dia boleh makan tx? Tak kenyang ke makan nasi goreng tadi sampai benda alah tu pun nak dimakan nyer...sabar jerlah ngan budak sorang ni...

Ayannngggg Qaseh...




Gambar ni aku ambik masa hari Ikhtifal sekolah yasmin hari tu.  Sebenarnyer masa ni danial dah boring tahap maksima dah...dia merengek nak air sbb cuaca masa tu mmg panasssss...aku risau gak, takut dia hangin di cepuknyer qaseh...rupanyer nak sayang adik dia ni...

24 November 2010

Contest Meneka Gambar S.B.T

Saja masuk contest meneka gambar Suara Bawah Tanah...seramnyer...nilah hasil blogwalking...manalah tahu ada rezeki lak kali ni...

'
'
'
'
'
'
'
'
'

safety pin->pin lampin baby


Hantu Inai

Terjerit2 yasmin panggil aku suh ambik gambar dia tgh berinai ni...kacau jer org tgh bergurau senda ngan qaseh, panggil2 lak.  Mulanyer aku ingatkan suh tgk TV ke hapa rupanyer suh ambik gambar dia tgh posing ni...budak sorang ni mmg hantu inai.  Hari tu lepas cabut gigi, aku singgah kat kamdar nak beli baju sekolah dia, nampaklah pulak inai india tu, mulalah sengeh2 suh beli.  Ayah dia mmg rajin melayan dia berinai ni...
Hari tu nampak ada pokok inai depan rumah sorang jiran, kakak tu siap cakap lagi, kalau nak ambiklah, tx payah tanya2 lagi...waaahhhh sukalah yasmin...lepas dua tiga hari dia ajak aku gi ambik inai kat rumah kakak tu, hishhhh...tx kose aku...sib baik ada yg dah siap cam ni, picit jer...
Haaahhhh nak berinai sgt, sampai baring2 dah ni...dasyat tu, kaki tangan ayah dia inaikan.  Corak sesuka hati ayah dia jer...sebelum masuk sekolah boleh lah berinai sakan, dah sekolah nanti jgn haraplah ya...

Rindu Kamu...




Baru 3 hari eimran tx ada kat umah dah rasa rindu bangget ngan anak bujang aku ni...mana tx nyer, dia yg paling kuat menyakat adik2nyer...suka berebut tempat tidur malam2 ngan yasmin...tu pasal lah malam2 suara aku boleh dgr sampai ke kedai - en suami yg cakap...sabar jer lah..

Tetiba lak malam td ayahnyer pulak tanya, tx ada call eimran ke?  aku tanya, baru 2 hari dah rindu ke?  Pagi tadi yasmin lak tanya, pasal abang dia ni, aku tanya gak, rindu ke?  memasing tx nak mengaku dah rindu ngan abang...ibu rinduuuuu ngan abang...rindu sbb dah lama tx tarik telinga abang tu..hehehe...rindu nak tgk abang buat speed tables, rindu nak suruh abang buat worksheet yg byk ibu dah print ni..hahhhh..ok tx kalau ibu rindu cam tu??
Mesti hangin eimran baca ni...

Walaupun tgh cuti2 M'sia tu, jgn lupa solat ya...kerja2 yg ibu dah bekalkan tu, jgn tx buat pulak, kalau tidak malam ni jugak ibu gi ambik...

23 November 2010

Qaseh Sayang

 nampak dah gigi dia, ada 4 atas 4 bwh...
 qaseh kalau gelak, mata sepet semacam...
 kalau nangis, besar lak mata dia buka...startlah ni merengek...
ntah apalah yg dia nak agaknyer..
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
taddaaaaa...nih hah saya nak..ibu tx kasi....sy nangislahhhh...

Yasmin Lagi

 dia suspen sebenarnyer ni....


Kejadian petang semalam.  Dah lama nak bawak gi cabut gigi bawah dia yg bertindih tu, baru semalam berjaya.  Dua batang sekali cabut sbb dua2 gigi susu tu dah goyang.  Tak sempat panas kerusi yg aku duduk tu tetiba doktor kata dah habissss...waaahhh cepat gilosss...yasmin pun cam terkejut jer bila doktor kata dah habis...

19 November 2010

Menu Raya

Nilah menu pagi raya korban kat rumah sil aku.  Ada nasi impit, kuah kacang, rendang ayam n rendang daging.  Kuah kacang tu another sil yg buat, soooo...di kongsikanlah adik beradik...rendang daging pun another sil jugak yg buat...aku??? sendirik mau ingatlah..muahahaha...teruk betul..
Balik dr ampang tu, aku buat lagi kuih ni hah...nak bawak gi opis lak...yg buat hari tu dah habis...aku masih tx puas hatilah ngan kuih ni.  Aku ada makan hari tu, kawan opis bagi, dia beli masa program cahaya kasih, cam kering jer tp yg aku punyer ni, lembap2 gitu...rasa tu mmglah sedap tapiiiiiiii...haiishhh...nak kena buat lagi ni...

Kelakar betul lah kawan aku ni, beria2 dia tanya aku ke yg buat kuih ni?  cisss soalan tx hengat...yaaa...hakak yg buat, tx kan qaseh lak...sabar jerlah dia org ni, tx percaya aku yg buat...
Related Posts with Thumbnails