31 Disember 2010

Ke Sekolah

Hari yang di tunggu2 oleh Yasmin akhirnya...tak ada can aku nak bangun lambat di hari cuti2 Malaysia...muehehehe..Excited nak pergi sekolah, senang betul nak mengejutkan dia.  Dari semalam lagi dia dah siap kan semua peralatan sekolah, siap letak stokin kat kasut, baju  sekalikan dengan tudung...
 Beratur di barisan kelas sementara.  Masa ni belum ramai sangat murid2 tahun 1 yang sampai.  Kita orang sampai pun sebelum pukul 7.30pagi.
 Kelas sementara untuk Yasmin.  Hari ini saja ada ujian diagnostik(betul ke ejaan ni?).  Aku dah siap pesan dengan Yasmin jawab betul2, jangan main hentam aje...Aku nak ambil gambar nama dia yang tertera kat pintu tu, tapi tak jelas pulak.  Aku nak tunjukkan yang pihak sekolah tersalah tulis nama bapa dia.  Instead of Yasmin Zahirah bt Mohd Zulkifli, dia orang tulis Yasmin Zahirah bt Md Ali...hehehe...Md Ali tu Tok Aji dia, iaitu arwah bapak aku.  Tu yang Eimran duk kata adik bongsu aku nak masuk sekolah...hahaha...
 Ucapan oleh Guru Hal Ehwal Murid, Puan Zalilah.
 Dalam kelas...macamlah orang tak tahu ini kelas...
He..he..he...seeeee...Yasmin bawa air dalam bekas eco bottle by Tupperware.  Sempat lagi buat promosi, open for order..shout..shout ya..
Sebelum balik, beratur untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan lagu negeri Selangor.  Akak kalau lagu Negaraku, memang hafal dari tadika dulu, tapi lagu negeri Selangor, minta maaf lah ya.  Lagu Negeri Sembilan pun dah tinggal separuh je..muehehe...

Dah Tak Ada Kerja

 Nilah antara aktiviti tak berfaedah eimran masa cuti sekolah.  Bila suruh buat speed table ada aje alasan dia, tunggu kejaplah, penatlah, lepas nilah, lepas tulah...1001 macam alasan dia bagi.  Tapi kalau main game tak payah suruh...laju jer...
 Orang guna benda alah tu utk balut kat kaki, yang abang gi balut kat leher tu kenapa???
Ni lagi satu...nak sangat jadi hantu...menakutkan yasmin dengan danial...

30 Disember 2010

Lunch Hari Sabtu

 Peria Goreng Garing sesuai untuk aku yang ada high blood ni...
 Kerabu Mangga Mongolia.  Aku tanya kenapa ada Mongolia? Masa beli mangga tu memang tulis mangga mongolia, so letaklah kerabu Mangga Mongolia...hehehe..
 Telur ikan ni dah lebih dari seminggu beli kat Pasar Tani.  Masak lada hitam aje.
Sayur apa nama ntah

Menu sihat

Ini adalah dinner 2 malam lepas.  Semua isi rumah makan sayur cam gini aje.  Rebus2an je.  Ini semua adalah hasil 'berkebun dan bercucuk tanam' kat Cameron ighlands ..hehehe...tapi adalah jugak tambahan daging burger ngan udang . 
Gambar2 ni di ambil oleh Eimran.  Sekarang ni kalau aku terlupa nak ambil gambar ada jer tukang ingatkan, sapa lagi kalau bukan anak2 bertuah aku tu...Masa nak makan tu, aku minta lah nak tengok gambar yang dia dah snap, cam kurang memuaskan, so aku nak snaplah lagi sekali, tengok pinggan aku, eimran ngan yasmin cam dah berkurangan jer isi padunya, hanya pinggan Danial yang ok sikit, so aku pun teruslah halakan kamera kat pinggan dia...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Punyalah kedekutttt....orang nak ambik gambar pun tak bagi.  macamlah aku nak ambik makanan tu...kalau aku ambik dia punya portion tu tak taulah macam mana reaksi dia!
Last sekali dia bukan habis pun makan, dia cuma makan udang tu jer, yang lain yasmin ngan aku yang tolong habiskan.  Aku makan sayur2an tu, yasmin aim daging burger.

Terima Kasih Nuffnang

Yaaaahoooo..ya bedabeduuuu...1st time okay aku dapat Buffered Earning(BE).  Happy guling2 aku masa tu.  Memang tak sangka betullah boleh ada BE kat blog aku.  Aku pun bukannya reti sangat bab2 BE dengan ME ni.  Tu pun puas nak khatam kat google.  Tapi rasanya hasil dari bacaan dan pemahaman dari beberapa blog yang aku baca, sikit2 tu dah mengertilah...

Mulanya aku memang tak perasan, tapi bila aku tengok asyik iklan yang sama jer menari2 kat situ, aku pun checklah kat dashboard nuffnang.  Ooooohhhh barulah aku faham apa itu BE dan apa itu ME...muehehehe...lepas tu aku boleh lak senyum sorang2, senyum kat diri sendiri...slow bangat nak faham apa itu BE dengan ME...
Memula tu aku tengok ada 2 BE, tapi lepas tu makin meningkat kepada 3 dan terbaru ada 6.  Tapi 3 dah jadi Metered EarningEhhh..betul ke apa yang aku tulis ni...hentam sajalah... Walaupun tak banyak, tapi aku sangat2 bersyukur, sekurang2nya orang tahu juga kewujudan blog picisan aku ni...sob..sob..sob..tetiba jer sedih..

Moga dengan kedatangan tahun baru 2011 ni, makin banyaklah BE yang akan menari2 di blog aku ni..iklan ke apa ni...Sempena tahun 2011 ni, aku mengharapkan semoga mood untuk berblog ni akan terus segar dan mekar selalu, jangan ada yang ke laut lagi.  Aku juga mengharapkan moga tahun 2011 ini menjanjikan kecemerlangan dan  kegemilangan kepada aku sebagai tuan tanah kedaung kat sini...

29 Disember 2010

Nasi Goreng Sempoi

 Ni semua n3 auto publish.  Kalau aku tak buat cam ni, alamat panjanglah lagi gambar tertunggak yang nak masuk blog.  Sumpah aku tx ingat dah bila masa buat nasi goreng campak2 ni.  Menggunakan segala bahan yang ada kat dalam peti ais aku tu.  Selalunya stok karot dengan kobis wajib ada dan sayur yang memang masuk list barang yang akan di beli setiap kali pergi pasar malam or pasar tani.
Buat nasi goreng macam ni, memang aku tak bagi pedas sangat supaya Danial boleh makan.  Dia ni boleh tahan cerewet bab makan ni.  Paling aku tension, dia siap hidu dulu sebelum makan.  Lately ni dia memang kurang sikit nak makan nasi, aku pun tak tahu apa yang dia nak makan sebenarnya.  Badan dia tu pun aku tengok dah makin kurus, kak Min dia jer yang makin bam-bam...

Kalau beli KFC pun, susah nak tengok Danial habiskan seketul ayam tu.  Sebab tu kalau KFC aku memang akan bagi dia drumstick, kadang2 tu pun dia tak habis jugak..

Gambar memang blurr tahap maksima sebab aku masih menggunakan hp cap ayam.  Tak tahulah bila boleh dapat yang terbaikkkk dari ladang...Kena masukkan dalam wishlist 2011...sob..sob..sob...

Lunch @ Pavillion

Maaf ya, ini pun n3 tertunggak.  Rasanya penghujung bulan lepas, aku and the gang pergi lunch kat Pavi.  Kita orang ni, asal ada sorang gang yang bawa kereta jer, mulalah panjang langkah time lunch hour.  Tapi selalunya ke Pavilion nilah tempat di tuju. 

Kebetulan pulak, aku and the gang memang satu selera selalunya.  Hari tukan kita orang makan pajeri, masa pergi Pavi ni pulak, semua order sizzling.  Memang the best lah sizzling kat Pavillion ni.  Sebenarnya kita orang rasa macam nak order lagi jer tapi di sebabkan dah ramai orang time lunch dan dia orang pun sibuk cari seat, dengan berat hati kita orang terpaksalah bangun kasi orang lain pulak nak duduk makan...muehehe...
 Memang sedap sangat sizzling ni, terliuq dah ni...tunggu kami datang lagi ya...
Alhamdulillah...

28 Disember 2010

Nasi Arab

Aku totally tak ingat dah bila masa pergi makan nasi kat restoran arab ni.  Nampak sangat faktor usia yg semakin meningkat...tapi nasi arab yang ni memang sedap, aku ngan en suami makan habis. 

Kawan akulah yang perkenalkan restoran ni, aku pun apa lagi, laju jer ajak en suami try test tengok...Bila dia kata restoran nasi arab, aku bayangkan mesti restoran arab yg klass2 gitu, cam al-rawshar dengan sahara tent.  Oh ya..restoran ni kat area Jln Reko, Kajang.  Berhampiran atau sekawasan dengan station bas Kajang.  Actually dari tepi jalan dah boleh nampak kedai ni, tapi tulah, bila cakap restoran arab jer, aku bayang kan restoran yang tertutup, ada air-cond bagai.  Nasib baik sekali pusing cari jer dah jumpa, sebab kedai dia memang sempoi habis.  Boleh dikatakan macam restoran apek yg tungguuuu jer orang datang.  Hahhh..cam tulah lebih kurang  pemandangan yg aku lihat dan pandang masa aku gi makan kat sini.

Tapi dia punya nasi tu, memang sedap, bagi aku lagi sedap dari yang kat sahara tent tu.  Ni ikut anak tekak akulah, orang lain aku tak pasti.  Even kawan aku yang perkenalkan restoran ni pun cakap nasi kat sini, the bestlah..Lepas ni, kita orang nak try test tengok restoran arab yang kat Cyberjaya pulak, katanya terbaik dari ladang, harus di cuba.
Untuk eimran, tapi dia tak habis sebab banyak sangat, so aku suruh tapau.  The next day tu aku panaskan pun masih sedapppp lagi...

Air arabic ni aku tx ingatlah perisa apa.  Berebut yasmin ngan qaseh

Aktiviti Hari Ahad

Ni rasanyer aktiviti hari Ahad yg dah berapa minggu terlepas rasanya.  Memang slow tahap kura2 dah aku ni nak masukkan gambar.  Dah lama tak menziarah keluarga sebelah en suami kat Ampang.  Ni pun kalau aku tak ajak, kirim salam sadaqallah en suami nak bawa kita orang.  Bila call sil, kebetulan dia ada kat bawah, molek sangatlah hajat kami.  Tak payah susah2 menapak mendaki utk bakar kalori.  Dengar pulak kat bawah, laju jer aku suruh order ABC.  Lama wehhh tak minum ABC ni. 
Nilah sil aku yg dulu rajin benor update blog, sampaikan aku sendiri teruja nak berblog.  Sekarang ni pasang surut pulak dia, aku harap dengan kedatangan musim tengkujuh ni, pasanglah balik blog dia..
 Gerai ABC
 Tauke ABC-another sil
Iklan-bolehlah sapa2 nak hantar anak pergi kelas mengaji & fardhu ain, percuma lagi...

27 Disember 2010

Happy Birthday Sayang...

image from google

Malasnyyyeeerrr nak update blog.  Tapi hari ni kena update jugak, sebab special day for en suami.  Hari ni birthday ayah kepada anak2 bertuah aku tu, so kenalah masuk blog jugak.  Tahun ni tx ada hadiah ya, sebab sibuk membeli membelah untuk persiapan 2 orang anakanda tercinta yang akan bersekolah pada tahun 2011.  Kalau ada pun mungkin lambat sikitlah, alaaaa barang yg awak nak tu pun, bila2 masa saya boleh bagi kan?kan..kan..kan...barang yg awak nak tu, saya kena order dulu, tu yang leceh sikit..harap bersabar ya...

Selamat Hari Lahir ..., semoga dengan penambahan usia hari ini, akan mematangkan kita untuk meniti hari2 yg mendatang(tetiba jer ayat skema).  Semoga di murahkan rezeki, dirahmati olehNya dan apa jua yg dilakukan mendapat keredhaanNya...

24 Disember 2010

Bengkel Remaja Cemerlang

Sehari dua ni, aku mmg tx ada mood langsung nk update blog.  Bukan tx ada cerita yg nak dikongsikan, tp mood aku dah ke laut dalam, hanyut di bawa arus.  Ni pun aku lawan juga lah perasaan aku yg ntah apa2 ni.  Skrg ni dah tx boleh tulis ikut sangat bahasa pasar tu, sbb anak2 bertuah aku kan baca blog ibu dia ni, so kenalah tulis menggunakan bahasa yg boleh dia org faham.  Ejaan pun kena betul, kena kurangkan buat ayat sms ni.  Ini semua hasil mendengar ceramah Pn Yasmin Siddik masa Bengkel Remaja Cemerlang tempohari.
Aku hantar eimran sebab dia pun tx ada buat apa2 masa cuti sekolah ni.  Kalau ikutkan eimran, jangan harap dia nak pergi, tapi sebab aku dah registerkan nama dia, dalam keterpaksaan dia kenalah pergi juga.  Aku suruh dia pakai kasut, dia siap bawa spare selipar dia lagi, bila nampak ramai budak yg pakai selipar, terus dia tukar kasut dia, sabar jer lah aku...
Sampai waktu lunch, aku tanya dia, best tak?  Tak sudah2 mulut dia dok kata, bosan...bosan...bosan...sabar jer aku ngan dia.  Masa balik tu aku tanya lagi, baru dia kata, best tapi kalau ada lagi dia tx mau datang dah...hahaha...

Sampai rumah, terus cari PSP dia.  Main tak ingat...macamlah lama sangat tak main game dia tu, padahal baru beberapa jam ajer....eimran..eimran...

21 Disember 2010

Cekodok Breadcrumbs??

 Tak taulah kenapa semenjak 2 menjak ni, aku suka betul makan cekodok2 ni, cekodok ya, bukan 'kodok'...minggu lepas jer, breakfast sabtu ahad aku duk buat cekodok, minggu sebelum tu pun hari ahad pekena cekodok gak...aku diserang hantu cekodok kot..muehehe.  Tapi cekodok yg ni ada spesel sikitlah, aku salutkan ngan breadcrumbs.  Idea ni hasil blogwalking kat blog DJ.  Tapi dia buat cekodok pisang, aku nyer cekodok biasa jer...
Breadcrumbs tu dah lama beli, dah nak expired pun.  sib baik boleh guna utk cekodok aku ni.  sedap jugak bila letak breadcrumbs ni.  rangup jer, makan panas2 lagilah sedap...sekejap dah licin...cekodok kali ni aku letak hirisan kobis, udang segar yg dipotong2 kecil ngan bawang jer.  pastu salutkan ngan breadcrumbs tu...jadilah cekodok bersalut breadcrumbs...

Alaaa Qaseh

 Cantik sgtlah tu qaseh....
Sejak baik demam ni, suka betul qaseh buat aksi mulut terjuih cam tu...kalau suruh buat mulut, tulah aksi spontan yg dia buat...kalau suruh buat mata, terkelip2 mata dia...kadang tu nak gelak aku tgk aksi dia ni.  Tp kalau melalak tetap no. 1

Satu lagi yg aku perhatikan kat qaseh ni, cepat jugak tangan dia nak melepuk abang ngan kakak dia.  Sib baiklah abang2 ngan kakak dia tu kalau ngan adik dia ni beralah sikit.  Tapi kadang2 dia org tu pun hilang sabar gak, esp danial ngan yasmin.

Lagi satu qaseh ni pantang nampak kalau ada abg ngan kakak dia menempel kat aku, mulalah dia hangin.  tx kasi sesapa pun duduk kat ibu dia ni, dia sorang jer...kalau danial nk baring2 kat aku mesti kena tarik rambut ngan dia ni...garang betul budak kecik ni...cian adam...

20 Disember 2010

Stew Ayam

Masak lauk ni hari Sabtu lepas.  Gigih aku gi carik acuan kuih bunga2 tu, semata2 nak kasi cantik carrot aku tu..hehehe...dah ada acuan tu, nnt boleh lah buat lagi, lauk lain lah pulak tp pastikan ada carrot...mampus aku kena kutuk nnt... eimran siap tanya, cam mana ibu buat ni? muehehe...perasan ibu ko kejap bang...baru nak feeling2 teror jap, ada jer suara2 sumbangsih menyampuk, alaaaa...pakai acuan kuih...cisss tx kasi can langsung....
Resepi stew ayam ni aku ambik kat blog Hepi Cook Mum.  Masa blogwalking tu, mmg terliur betul tgk dia punya gambar tu.  Dah plan mmg nak masak time cuti, dah siap salin resepi tp boleh tertinggal lak kat opis, sabar jerlah.  Sebelum masak hari sabtu tu, terpaksalah salin balik...punyerlah teringin sangat nak makan..hehehe..
Yasmin ngan eimran suka betul makan stew ni.   yasmin ratah gitu jer tp aku suruh dia cicah ngan roti, sedap katanyer...terima kasih min...

18 Disember 2010

Breakfast hari ni...

 ala-ala roti john
 roti telur
 nasi goreng
Hari ni breakfast roti john, roti telur ngan nasi goreng.  Heavy giler punyer breakfast...Tapi bukan aku yg buat pun, my darling en suami yg buat...rajin dia... selalu tolong menolong...puji lebih sikit...supaya hari2 seterusnyer pun dia nak buat lagi...muehehehe...
Jommmmm makan...

16 Disember 2010

Makan2 kat Santai...

N3 ni dah auto publish, sepatutnyer keluar semalam, tp ntah mana silapnyer, jd draft pulak..

Lepas bersantai kat pool tengahari tu, kita org gi Tesco Ampang sbb nak beli mineral water.  Air kat rumah kakak aku tu dah tahap maksima karatnyer...

Sebelum masuk tesco, nak makan dulu kat santai...tp penuh, so kenalah order dulu...so ngam2 habis beli brg kat tesco, makanan pun dah siap...



 Danial mengada nak makan sendiri, sepatutnyer share ngan aku, sudahnyer tx habis

saja ambik gambar ni sbb suka tengok dinding papan tu, teringat rumah kat kampung..huhuhu..

 
psstt-lepas ni n3 makan2 jer, ni blog makanan ke apa..?
Related Posts with Thumbnails