28 Disember 2010

Nasi Arab

Aku totally tak ingat dah bila masa pergi makan nasi kat restoran arab ni.  Nampak sangat faktor usia yg semakin meningkat...tapi nasi arab yang ni memang sedap, aku ngan en suami makan habis. 

Kawan akulah yang perkenalkan restoran ni, aku pun apa lagi, laju jer ajak en suami try test tengok...Bila dia kata restoran nasi arab, aku bayangkan mesti restoran arab yg klass2 gitu, cam al-rawshar dengan sahara tent.  Oh ya..restoran ni kat area Jln Reko, Kajang.  Berhampiran atau sekawasan dengan station bas Kajang.  Actually dari tepi jalan dah boleh nampak kedai ni, tapi tulah, bila cakap restoran arab jer, aku bayang kan restoran yang tertutup, ada air-cond bagai.  Nasib baik sekali pusing cari jer dah jumpa, sebab kedai dia memang sempoi habis.  Boleh dikatakan macam restoran apek yg tungguuuu jer orang datang.  Hahhh..cam tulah lebih kurang  pemandangan yg aku lihat dan pandang masa aku gi makan kat sini.

Tapi dia punya nasi tu, memang sedap, bagi aku lagi sedap dari yang kat sahara tent tu.  Ni ikut anak tekak akulah, orang lain aku tak pasti.  Even kawan aku yang perkenalkan restoran ni pun cakap nasi kat sini, the bestlah..Lepas ni, kita orang nak try test tengok restoran arab yang kat Cyberjaya pulak, katanya terbaik dari ladang, harus di cuba.
Untuk eimran, tapi dia tak habis sebab banyak sangat, so aku suruh tapau.  The next day tu aku panaskan pun masih sedapppp lagi...

Air arabic ni aku tx ingatlah perisa apa.  Berebut yasmin ngan qaseh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails