muka monyok qaseh yg demam
Memula Eimran yg demam masa cuti awal Muharam hari tu. Dah bawak gi klinik, doktor kata viral fever. Demam ni akan berjangkit, tp kalau sampai hari Sabtu(hari ni) tx baik, kena ambik darah. Takut betul eimran kalau kena ambik darah. Sampai habis antibiotik dia makan, kalau tx jgn haraplah...
Balik kerja hari Rabu, qaseh lak demam. Panas betul badan dia. Bagi makan ubat pun tx jalan...kalau letak tuala basah kat dahi, mengamuk sakan dia. Yang paling tx tahan, kalau merengekkkkk jer...ni 1st time dia demam merengek2, sebelum ni kalau demam, duk diam terlepek jer. Kalau ada yg tx kena mengamuk bg nak rak..dua hari lah aku cuti sbb nak jaga dia.
Hari Khamis lak, lepas bawak qaseh gi klinik, dania pulak demam. masa kat klinik elok jer melompat2, balik rumah baru rasa badan dia panassss sgt. Nak suh posing ambik gambar pun tx nak, mmg tx ada mood dah...Tika n3 ni aku taip, dia org dah beransur sihat, alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan