30 Ogos 2012

Cosmic World Times Square @ Raya Kelima

Gambar beraya kat Cosmic World ni adalah banyak...so aku masuk kan sikit-sikit sebab takut nanti 'hang' lah pulak...jadi baiklah aku berhati-hati.
Danial happy kan main lagi bila dah sampai sini.  Kalau tak tu, sibuk lah duk tanya mana times square ni bu...mana times square ni ...tahu ajelah jalan kat kolumpo ni kan jam sokmo, lebih-lebih lagi kat jln pudu tu...tambah lak ada construction yang dah bertahun tu...nampak aje times square dari kejauhan terus aku tunjuk kat dia.  
Qaseh nangis sebab takut dengar bunyi roller coaster yang lalu kat atas kepala...masa ni tengah beratur nak beli tiket.  Boleh tahan juga ramai orang masa ni...masing-masing dah tak ada sedara mara kan, samalah ngan kita orang....

 alalala...meleleh airmata...kalau tak ko lah hero kan. 
 dekat nak sama tinggi ngan ayah dah ko ni bang...
 1st ride naik kereta ni yang duk langgar kereta depan.  Baru senyum qaseh...lagipun masa beratur nak naik ni tak ramai sangat orang...
 danial duk depan.  aku ngan yasmin duk belakang.  Konon-konon dialah yang bawak kereta tu...bila langgar kereta depan lagilah dia syok, konon dia terror lah tu bawa laju...suka hatilah danial, yang penting happy...
Lupalah apa nama ride ni.  Padahal aku ada ambil gambar kat setiap ride yang dia orang naik.
Masa aku tengah sibuk duk ambil gambar dia orang nak naik kapal ni, adalah sorang minah arab ke minah bangla berjubah duk sound kat aku jangan ambil gambar dia... HELLLOOOO...WHO R U? AND WHAT FOR I WANT TO SNAP YOUR PHOTO!!!??? PERASANNNN...hangin betul aku masa tu...tak hingin aku nak ambil gambar ko derrr...sengalll..hilang mood aku sekejap...
ambil gambar ice-cream ni lagi bagus dari ambil gambar minah sengal tu...eeeee geram betul aku masa tu...geram..geram..gerammmmm
Masa naik kapal tu, orang dewasa tak boleh naik, so danial ngan yasmin aje yang naik.  Abang eimran pun tak boleh, sebab dah melebihi had ketinggian yang di benarkan. Qaseh memula dah naik, orang tu pun dah ikatkan tali pinggang, sekali dia meraung kat atas tu, cepat-cepat aku suruh orang tu turunkan dia..hehehe...

Ni 2 gambar kat dalam crazy bus...hah yang ni aku ingat...yasmin terbahak-bahak gelak sebab bila bas tu nak turun, rasa geli-geli kat perut...tu yang dia gelak tu...Untuk crazy bus ni aku ngan qaseh naik 2 kali.  Sebabnya dia menangis nak naik kereta langgar ngan danial dan kak min nya.  Tu yang aku lari bawa dia naik lagi sekali crazy bus tu...
Ada lagi lepas ni ya...ni kira baru part 1.  Tq for reading

Raya Kelima

Tetiba aje melompat raya kelima kan...Raya keempat tak banyak sangat gambar.  Lagipun half a day tu dah menghabiskan  masa kat Jab Pendaftaran Negara atas urusan Seri Paduka Baginda.  Yang tu nantilah aku citer.  Raya kelima ni memenuhi impian anakanda Danial yang terliur tengok Haziq bermain kat Cosmic World Times Square kat dalam Tom Tom Bak masa bulan puasa hari tu.  Macam dah tak ada sedara kan nak pergi ziarah...
Awal pagi jugaklah kita orang keluar...awal tak awal dalam pukul 10 jugaklah.  Sebelum tu singgah kat Pertama Kompleks dulu sebab en suami ada urusan kat situ.  Dah alang-alang setengah jam nak menunggu tu, dia ajaklah kita orang breakfast kat sini.  Sumpah tak sedap...dahlah mahal...ntah apa-apa aje peniaga ni.  Tak payahlah sebut kedai kat mana...Kalau aku tahu lebih baik makan nasi impit kat rumah...Aku paksa dia orang makan habis pasal MAHALLLLL....dia orang perabiskan pun sebab LAPARRRR!
 Cerita dan gambar kat Times Square lepas ni.  
Tq for reading...

29 Ogos 2012

Tak Terkata

Memang tak terkata dah aku masa masuk dapur kat rumah Mak De aku ni...bukanlah makcik aku tu yang collect semua ni...ni kerja anak dia lah iaitu sepupu aku.  
Melopong ajelah nengok punyalah banyak...Yang terlekat kat white board aje ada 2.  Dia kata dia paling sayang yang collection Hard Rock tu...Ada yang di beli sendiri, ada jugak beli melalui internet dan tukar ngan kawan kawan..

Bukan setakat FM aje, masuk lak kat bilik bawah tu, ada koleksi kapal terbang...macam-macam airlines ada.  
Koleksi motor pun ada.
Superbike...
en suami aku meleleh air liur tengok motor merah tu...impian yang ntah bila nak jadi kenyataan...

Raya Kedua dan Ketiga

Raya pertama kan kita orang tidur kat rumah sendiri, so tak tahulah apa jadi kat kampung.  Tapi kalau baca kat blog kakak aku tu, boleh tahan meriahnya dia orang malam tu.  Sakan dia orang bergambar bagai...
Pagi raya kedua tu...dah macam buat karangan pulak aku rasa, tak ada chance aku nak bangun lambat, yang kat kampung tu buat pesanan penaja macam2.  Suruh belikan daun kesum lah...belacan lah...siap pesan suruh cepat nak masak untuk makan tengahari...tu semua alasan nak suruh kitaorang balik cepatlah kan...
Raya kedua ni, sebelah petang baru kita orang berjalan ke rumah Tok Long dengan Tok Ucu Abas.  Rumah sedara yang lain tak sempat.  Mana nak sempat kalau satu rumah duduk berejam...makan minum lepas tu gelak mengilai...almaklumlah jumpa sekali sekala.  Masing-masing tak nak kalah dalam bab kutuk mengutuk, sebelum balik bermaafan lagi..hahaha...sampai pening kepala bibik aku dengar kita orang ketawa kuat...sungguh tak senonoh...Beraya kat rumah Tok Long dan Tok Ucu Abas aku ni, memang tak keluar lah talipon pintar aku tu...karang tak pasal-pasal jadi bahan pulak.  So raya kedua memang tak ada gambar.  Lauk pauk yang kakak-kakak aku masak untuk makan tengahari tu pun tak ada gambar.  Ada asam pedas ikan tenggiri, sambal ayam, sayur campur, gulai tempoyak ngan telur asin.  Semua tu sedap sedap belaka.  Harus aku puji supaya tahun depan dia orang lebih semangat nak masak lagi...hehehe

Ni gambar raya ketiga.  Dah bersiap-siap nak balik ke kajang dah.  Ayah dia orang rajin nak make over anak-anak dara dia.  Budak pompuan dua orang ni pun sukalah tu...

 Sebelum balik kajang, kita orang singgah beraya kat a few rumah sedara kat kampung sebelah.  1st house kita singgah rumah Mak Lang Saodah.  Kejap aje pun singgahnya.  Lepas tu rumah Mak Chu Chai.  Last sekali rumah Mak Chik Lijah kat Pengkalan Durian.  Lepas tu terus masuk highway ke Rasah Jaya pulak, rumah Mak De.  Gambar dua ni kat rumah Mak Lang Saodah.  Lagi dua rumah tak ambil gambar sebab sibuk borak ngan makan.  
Yasmin with Kak Wa
Gambar makan-makan kat rumah Mak De pun tak ada sebab aku sibuk duk ambil gambar lain.  Terpegun menengokkan collection sepupu aku...meleleh air liur tengok collection fridge magnet dia...fuhhh tabik lah...yang tu next entry ya.
Sepatutnya lepas beraya kat rumah Mak De kat Rasah Jaya ni, kita orang nak pergi rumah Mak Chu pulak kat Senawang, tapi en suami dah dapat call yang kakak2 dia nak datang beraya, so dari Rasah Jaya kita orang terus balik kajang.  Nak beli barang2 sikit nak masak untuk sister in law yang nak datang beraya.  
Okey habis sudah cerita raya kedua dan ketiga...thanks for reading...

28 Ogos 2012

Raya Pertama

Kesian kat aku, tahun ni beraya tanpa kamera...huk huk huk. wishlist yang tak kesampaian lagi.  Nasib baik ada talipon pintar, gunakanlah sebaiknya.  Gambar posing gedik-gedik banyak kat kamera kakak aku.  Tak tahulah raya bila dia nak hantar kat aku.  Padahal dah pesan dah hari tu suruh hantar cepat-cepat...ni mesti kes kekenyangan makan banyak sangatlah tu.
Anak-anak pompuan posing kat buaian antik ni.  Buaian ni dari zaman aku besar qaseh dulu tau.  Kukuh sampai sekarang.  Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas...cam tulah perumpamaan yang paling sesuai untuk buaian antik tu.  Qaseh ceria di layan dek dayang-dayang...
Berposing pulak kat dalam rumah.  Perhatikan qaseh...dah 2nd baju raya.  Hangin aje aku...padahal baru pagi raya pertama tu...sib baik ko senyum comel qaseh...sejuk sikit hati aku...
Ni lagi sorang...masa belikan jubah beria nak...siap cakap nak pakai masa sembahyang.  Belum apa-apa dah masuk kan jubah dalam seluar...apa pesen dahhhh...Eimran tu nak menyakat adik dia lah tu...
Sessi mengembangkan tali perut...lepas balik dari solat raya, terus bakar sate.
 asal masak aje habis...masak aje habis...
 en suami dan bil yang bertungkus lumus membakar sate sebelah siang.  
Dalam pukul 2 petang kita orang dah minta diri nak beraya kat Kolumpo pulak.  Sebelah en suami.  Walaupun kita orang berdua anak yatim piatu, adik-beradik yang lain tetap tak dilupakan.  1st house rumah abang ipar kat ampang.
Kenyang perut tengok juadah raya dia.  Macam-macam ada.  Lodeh, ketupat palas, rendang , nasi impit...ehhh macam-macam lah...aku makan nasi impit ngan ketupat palas aje.  Yasmin bertambah-tambah makan lodeh.
 kek raya pun ada
 macam-macam kuih raya ada.
Danial rela dalam paksa mengeluarkan jubahnya.  Qaseh dah bertukar ke baju raya yang ke 3.  Geram betul aku dengan dia ni.  Ingat artis ke baju satu lemari...Lepas beraya kat rumah bil ni, kita orang gerak ke ampang jaya pulak rumah pak sedara en suami iaitu rumah pak teh.  Lama siot aku tak beraya ke rumah dia ni.  Rasanya zaman yasmin umur satu dua tahun dulu...ni dah tambah lagi dua baru hegeh-hegeh nak datang lagi...
Kat rumah pak teh ni, tidaklah aku mengeluarkan talipon pintar aku tu...mak maluuuu...sekejap aje pun kat rumah ni.  Aku cuma minum air aje sebab dah kenyang sekenyang kenyangnya...tak senonohkan.
Dari rumah pak teh kita orang beraya ke rumah kakak en suami pulak kat ampang prima.  Lama jugaklah kat sini, kasi makanan turun betul-betul dulu, baru aku berani makan kat rumah sil ni.  Dia pun ada lodeh juga.  Yasmin makan lodeh lagi...suka betul budak ni makan lodeh.  
Ni muka kekenyangan
Dari rumah sister in law kat ampang prima, kita orang beraya kat another sister in law kat sri nilam pulak.  Ni rumah adik ipar yang tengah sarat mengandung.  Sarat-sarat tu pun sempat lagi buat rendang bagai...Kat rumah dia pun aku tak makan satu apa pun.  Minum air aje.  Dah kenyang sangat.  Kita orang borak-borak sambil tengok karoot komedia.  Dalam pukul 10 gerak balik ke kajang.  Dah tak larat nak balik kampung walaupun anak-anak sibuk ajak balik kampung juga.  Dia orang tu nak main bunga api lagi lah tu ngan sepupu sepapat dia orang...Balik tidur kat rumah sendiri jugak yang aman damai.
Habis sudah cerita raya pertama...

27 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Cerita raya pertama lah ya.  Tapi sebelum tu nak cerita yang tahun ni aku rasa paling rileks sekali pasal aku tak perlu berpanas dan kering tekak nak mengacau rendang dan menyediakan segala makanan untuk berhari raya.  Nak tahu kenapa???  Sebab dua orang kakak aku dah 'nampak' anak bulan awal...so silalah kacau rendang ya...nikmat sungguh aku rasa...hahaha matilah aku dia orang baca...
Dia orang memang terbaiklah...lepas sahur bertungkus lumus dia orang masak rendang dengan gulai tempoyak.  Masa tulah aku dapat menyusukan qaseh dengan tenang... alasannnn.  Bila qaseh tidur dengan aku sekali ke laut...bangun bangun aje tengok gulai tempoyak dah siap.  Rendang tengah di kacau...fuhhh...tak terkata aku...
 rendang daging
 kuah kacang haji samuri lagi...
 nasi impit
Sebelum ke masjid untuk solat, haruslah mengisi perut terlebih dahulu.  Yasmin berkali tanya aku boleh minum ke pagi ni...dah boleh makan ke...hari ni hari raya sayang...dah tak payah puasa lagi...

Semestinya bagilah suami dan anak-anak lelaki bersarapan dulu.  Tahun ni baju raya aku sekeluarga tak ada tema lagi...letih dah aku nak menetapkan warna rasmi setiap tahun.  So tema kita orang setiap tahun adalah warna-warni di aidil fitri.  Hentam kormo...
Sementara menunggu cik abe-cik abe memasing balik dari solat raya, kita orang lah pulak menjamu selera.  Selepas tu terus lah susun kuih-kuih raya kat dalam balang.  Balik dari solat raya, anak-anak sibuk nak bersalaman...salam ada maknakan...masing-masing dah ada target nak beli apa dengan duit raya dia orang...zaman aku dulu, paling tinggi dapat duit raya dalam RM 23 aje.  Budak sekarang ni, cecah ratusssss...qaseh yang duduk rumah tu pun dapat dlm RM 100++.  Tu belum lagi dia mengikut abang or kakak dia berjalan raya.  Tapi tahun ni pun eimran dengan yasmin tak di benarkan berjalan raya sangat.  Yalah rumah kat kampung tu tepi jalan, kereta laju-laju...macam F1.  Duduk ajelah rumah atau ikut time aku berjalan ke rumah sedara mara.
okey...cerita raya seterusnya dalam next entry ya.  ni baru intro aje tau.

Happy Birthday Abang

Salam aidilfitri semua...mood nak mengupdate blog tak 'mari' lagi lah.  Ni pun ada semangat sikit sebab tengok kat nuffnang ada BE.  Terima kasih nuffnang.  Aku masih lagi menunggu nak cukupkan RM100 sebab nak cashout kan..hehehe...
Aku kan hari Jumaat pagi lagi dah balik kampung.  Lebih kurang pukul 9.30 pagi dah sampai kampung.  Teruk jugaklah aku nak mengemas rumah yang lama di tinggalkan itu.  Sampai nak termuntahlah aku mencuci freezer...betul-betul menguji kesabaran.  Memikirkan rumah itu syurgaku lah yang membuatkan aku bersabar...tetiba...
Jumaat tu kan 17hb august, dan harijadi eimran pulak pada 18hb august...so malam tu kita orang potong kek lah untuk meraikan harilahir anakanda eimran yang ke 12.  Besar dah anak bujang aku ni...
Eimran yang malu-malu dikelilingi oleh sepupu sepapat dia.  Malam tu jugak habis sebiji kek resepi rahsia tu.  Lepas kenyang dia orang sibuk main bunga api.
Moga abang menjadi anak yang soleh.  Sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT.  Semoga abang juga berjaya di dunia dan di akhirat.  

15 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri pada semua readers...ada ke yang baca??? blog picisan aku ni.  Mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa tersinggung hati ke apa...seikhlas hati saya pohonkan keampunan.
Jumpa lagi lepas raya, InsyaAllah...

pic-googles

Tomotnyer

 qaseh ni...ni lepas mengamuk apa ntah hari tu.  ngan mata sepetnyer, ngan hidung melelehnyer lepas tu ikat rambut senget sebelah..hehehe...
buat muka comellah sangat tu...
Related Posts with Thumbnails