Hujung-hujung puasa ni tahap kelemauan begitu tinggi nak mengupdate blog. Nak mengambil gambar pun cam tak larat aje. Ni pun aku paksa juga diri untuk ambil gambar dia orang tengah sedap menikmati tutti frutti minggu lepas. Sebenarnya keluar sebab nak cari baju raya yasmin. Syukur alhamdulillah dah dapat, baru senang rasa hati aku. Tinggal baju melayu anak-anak lelaki aje. Hari tu eimran dah tanya bila nak pergi MJ ? Dia sudah jatuh cinta dengan MJ collection...
Mulanya aku ingatkan setakat keluar mencari baju kurung yasmin aje. tu pun kebanyakan gerai dah nak tutup. Gerai yang kita orang beli baju yasmin tu pun memang dah nak tutup, tapi mujur dia orang baik hati nak mencarikan saiz baju yasmin.
On d way balik tu tak sangka pulak en suami lalu kat tutti frutti tu. Terus semua mata memandang ke kedai tu sambil mulut duk sebut sebut tutti frutti..tutti frutti..sekali bila en suami buat u turn aje, senyum sampai telingalah aku...
Ingatkan kedai ni pun nak tutup dah, almaklumlah dah pukul 10 lebih, sekali dia kata tutup pukul 12. Wahhh bestnya...bolehlah datang lagi lain kali malam malam pulak...kita orang tapau aje. Tapi aku senyap2 sudah makan masa kat dlm kereta. Anak-anak kena tunggu sampai rumah nanti jatuh atas seat kereta ayah membebel seminggu tak habis tau!
Okayyyy lompat bintang lepas makan tutti frutti nih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan