03 Ogos 2012

Nak bagitahu

sejak bersahur dalam kegelapan hari tu, aku rasa cam malas pulak nak mengambil gambar makanan time nak buka puasa tu...mana taknya, sibuk nak nengok dejavu di kinabalu lerr...terus tak berminat nak ambil gambar dah.  Tapi memang tak ada lauk yang happening punnnn...sama aje lauknyer.  
Sejak puasa ni, aku kurangkan makan nasi kecuali hari sabtu ngan ahad aje aku telan nasi.  Kalau hari bekerja aku sahur makan kurma ngan air aje.  Alhamdulillah so far bolehlah bertahan sampai waktu berbuka.  
Hari Sabtu ngan Ahad tu tak dapat nak menolaknya pasal qaseh seharian tu asyik nak melekap aje kerjanya.  Sampai aku rasa dah lemah gemalai dah aku nak menunggu waktu berbuka.
Kalau berbuka pulak, so far aku makan mee ke, mee rebus, murtabak atau balls lebihan steamboat hari tu.  Kalau rajin aku rebus aje, lepas tu cicahlah ngan sos steamboat tu.  Kenyang juga.  Untuk anak-anak memang aku suruh dia orang makan nasi waktu berbuka.  Sahur tu muka masing-masing kelaut, tak sampai hati nak paksa-paksa makan nasi.  Yasminlah yang paling susah nak makan nasi waktu sahur.  Lepas tu dialah no.1 merengek...
InsyaAllah kalau mood rajin bolehlah aku ambik gambar juadah berbuka hari sabtu ngan ahad ni ya...tungguuu...tak kisahlah walaupun lauk beli ya...ngeh..ngeh..ngeh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails