07 Ogos 2012

Menu Berbuka @ 15 Ramadhan

Kan dah kata hari tu, tak ada maknanya aku nak mengupdate menu berbuka setiap hari.  Tup tup hari ni aku dah melompat ke 15 ramadhan aje tetiba...hehehe.  Mana hari yang tak ada menu berbuka tu maknanya kita orang berbuka lauk yang sama jugak.  Pajeri ada, daging masak kicap ada, sambal ikan keli ada...tu ajelah pusingan menu kita orang.  Dah itu aje yang anak-anak aku duk suka makan.  Ada juga hari tu aku belikan KFC, tapi gambar tak ambil.  Sebab masa tu aku sampai ngam-ngam waktu nak berbuka.  Dengan nak melayan budak kenit dua orang yang mengalahkan orang berpuasa tu, mana sempat nak ambil gambar.
Hari Sabtu lepas dapatlah aku buat rich chocolate puding kat atas tu.  aku pernah buat sebelum ni, tapi bila nak mencari tak jumpa lak.  Resepi ni aku ambil dari blog kak wana-potret kasih.
Buat juga siakap berbagai rasa ni...ke tak ada rasa..ngeh..ngeh..ngeh...aku tanya en suami sama tak rasa macam masa kenduri hari tu?  kenduri tu punya sedap sikit lah...sabar ajelahkan...macam mana nak sama rasa, tak cukup bahan.  Malas pulak aku nak keluar ke kedai...aku tak letak daun limau purut, halia lengkuas pun dah habis stok.  Walaubagaimanapun habis jugalah 2 ekor ikan siakap itu.
walaupun aku masak siakap berbagai rasa tu, tapi aku rasa ciput aje ikan tu. Aku makan segala balls yang balance steamboat hari tu tak habis2 lagi.  Kali ni aku gorengkan aje, lepas tu curahlah mayonis ngan cili sos.  Sedap jugakkkkk...

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails