01 Ogos 2012

Dora pulak dahhhh...

Tak tahu bila masa budak kenit ni dah beralih kepada cik dora pulak...tau tau aje masa nak mencari baju raya dia hari tu, laju aje dia pergi collect semua barang dora tu sendiri.  Sambil tu mulut dia duk cakap, aceh nak ambik banyak banyak...aku pun pelik macam mana dia boleh hilang pedoman pulak mengangkut barang dora tu.  Itu pun dia nak beg dora yang ada roda cam nak pergi sekolah keb. tu.  Harga RM 60 lebih....tanjat mak ko qaseh...
tapi sejak ada sudu garpu ngan mangkuk dora tu, memang dia tak misslah nak gunakan.  tak kiralah makan apa pun, tetap nak mangkuk dora dia tu.


Last year orang sibuk beli baju raya, dia pun sama sibuk mengutip barangan mickey mouse. pun sama juga ada pinggan ngan sudu.  Pinggan mickey tulah yang dia guna sampailah dah bertukar ke dora ni, tak di pandangnya dah pinggan mickey tu.


Pandailah pulak, nengok kakak ada beg duit pergi sekolah, dia pun nak beg duit dora juga. simpan kat dlm beg sekolah dia tulah.  sekarang ni duk sibuk tanya aku bila nak beli baju sekolah dia...haiiilahhh qaseh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails