02 Ogos 2012

Menu @ 10 Ramadhan

Sempat balik dan masak kan mee goreng ni untuk berbuka.  sebelum tu singgah pulak kat kedai beli udang, sawi ngan taugeh.  mee dah pesan kat eimran suruh beli dekat ummi tempat dia tuisyen.


Terkering sikit mee ni.  aku suka kalau basah-basah...nak cepat punya pasal, terkurang air pulak.  Lagi pun plan asal nak buat sebungkus aje mee tu, sekali tengok macam sikit pulak, terus aku masuk kan lagi sebungkus...lepas tu lupa nak masukkan air lagi...hehehe...


Mee tu salah satu perusahaan muslim berdekatan ngan rumah aku ni.  Kebetulan pulak cikgu tuisyen eimran.  Pagi-pagi Isnin tu aku dah sms cakap nak mee 2 bungkus, nanti petang eimran bayar...ngeh..ngeh...ngeh...sonang kan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails