07 Ogos 2012

Baju Raya 2012

Kasut raya dah ada, kad raya dah dapat, now baju raya pulak lah.  Qaseh ni memang tak boleh lah nampak ada baju baru...gatal-gatal badan dia nak memakai baju tu...ni dia dah melaram baju raya dia hari Sabtu lepas. Geram aje aku nengok dia.  
Lepas tu tau pulak takut tuh...lari menyorok kat tepi peti ais.  Tapi bila aku pujuk-pujuk suruh tukar baju, nak jugalah dia.  Agaknya dia nak rasa pakai sekejap pun jadilah...hahaha
Yang ni pulak kejadian semalam.  Masa aku on the way balik kerja Yasmin called kata qaseh melalak melolong nak pakai baju raya yang lain pulak.  Bila dah pakaikan tu terus dia tertidur.  Masa aku sampai rumah, dia masih tidur lagi tapi dengar abang ngan kakak dia sibuk duk spotchecked beg aku terus terjaga budak ni.  Bila nampak aku terus nangis manja2 gitu.  Bila tengok aku nak ambil gambar dia pakai baju baru lagilah dia nganga besar...
bangun sahur tadi dia suruh aku rasa badan dia...aceh demam katanya...bila aku rasa dahi dia memang panas pun.  Laju2 bagi ubat demam.  Harap bila aku balik kerja nanti dia dah sihatlah...malam nanti boleh main bunga api lagi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails