Anak-anak pompuan posing kat buaian antik ni. Buaian ni dari zaman aku besar qaseh dulu tau. Kukuh sampai sekarang. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas...cam tulah perumpamaan yang paling sesuai untuk buaian antik tu. Qaseh ceria di layan dek dayang-dayang...
Berposing pulak kat dalam rumah. Perhatikan qaseh...dah 2nd baju raya. Hangin aje aku...padahal baru pagi raya pertama tu...sib baik ko senyum comel qaseh...sejuk sikit hati aku...
Ni lagi sorang...masa belikan jubah beria nak...siap cakap nak pakai masa sembahyang. Belum apa-apa dah masuk kan jubah dalam seluar...apa pesen dahhhh...Eimran tu nak menyakat adik dia lah tu...
Sessi mengembangkan tali perut...lepas balik dari solat raya, terus bakar sate.
asal masak aje habis...masak aje habis...
en suami dan bil yang bertungkus lumus membakar sate sebelah siang.
Dalam pukul 2 petang kita orang dah minta diri nak beraya kat Kolumpo pulak. Sebelah en suami. Walaupun kita orang berdua anak yatim piatu, adik-beradik yang lain tetap tak dilupakan. 1st house rumah abang ipar kat ampang.Kenyang perut tengok juadah raya dia. Macam-macam ada. Lodeh, ketupat palas, rendang , nasi impit...ehhh macam-macam lah...aku makan nasi impit ngan ketupat palas aje. Yasmin bertambah-tambah makan lodeh.
kek raya pun ada
macam-macam kuih raya ada.
Danial rela dalam paksa mengeluarkan jubahnya. Qaseh dah bertukar ke baju raya yang ke 3. Geram betul aku dengan dia ni. Ingat artis ke baju satu lemari...Lepas beraya kat rumah bil ni, kita orang gerak ke ampang jaya pulak rumah pak sedara en suami iaitu rumah pak teh. Lama siot aku tak beraya ke rumah dia ni. Rasanya zaman yasmin umur satu dua tahun dulu...ni dah tambah lagi dua baru hegeh-hegeh nak datang lagi...Kat rumah pak teh ni, tidaklah aku mengeluarkan talipon pintar aku tu...mak maluuuu...sekejap aje pun kat rumah ni. Aku cuma minum air aje sebab dah kenyang sekenyang kenyangnya...tak senonohkan.
Dari rumah pak teh kita orang beraya ke rumah kakak en suami pulak kat ampang prima. Lama jugaklah kat sini, kasi makanan turun betul-betul dulu, baru aku berani makan kat rumah sil ni. Dia pun ada lodeh juga. Yasmin makan lodeh lagi...suka betul budak ni makan lodeh.
Ni muka kekenyangan
Dari rumah sister in law kat ampang prima, kita orang beraya kat another sister in law kat sri nilam pulak. Ni rumah adik ipar yang tengah sarat mengandung. Sarat-sarat tu pun sempat lagi buat rendang bagai...Kat rumah dia pun aku tak makan satu apa pun. Minum air aje. Dah kenyang sangat. Kita orang borak-borak sambil tengok karoot komedia. Dalam pukul 10 gerak balik ke kajang. Dah tak larat nak balik kampung walaupun anak-anak sibuk ajak balik kampung juga. Dia orang tu nak main bunga api lagi lah tu ngan sepupu sepapat dia orang...Balik tidur kat rumah sendiri jugak yang aman damai.
Habis sudah cerita raya pertama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan