Salam aidilfitri semua...mood nak mengupdate blog tak 'mari' lagi lah. Ni pun ada semangat sikit sebab tengok kat nuffnang ada BE. Terima kasih nuffnang. Aku masih lagi menunggu nak cukupkan RM100 sebab nak cashout kan..hehehe...
Aku kan hari Jumaat pagi lagi dah balik kampung. Lebih kurang pukul 9.30 pagi dah sampai kampung. Teruk jugaklah aku nak mengemas rumah yang lama di tinggalkan itu. Sampai nak termuntahlah aku mencuci freezer...betul-betul menguji kesabaran. Memikirkan rumah itu syurgaku lah yang membuatkan aku bersabar...tetiba...
Jumaat tu kan 17hb august, dan harijadi eimran pulak pada 18hb august...so malam tu kita orang potong kek lah untuk meraikan harilahir anakanda eimran yang ke 12. Besar dah anak bujang aku ni...
Eimran yang malu-malu dikelilingi oleh sepupu sepapat dia. Malam tu jugak habis sebiji kek resepi rahsia tu. Lepas kenyang dia orang sibuk main bunga api.
Moga abang menjadi anak yang soleh. Sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. Semoga abang juga berjaya di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan