Dia orang memang terbaiklah...lepas sahur bertungkus lumus dia orang masak rendang dengan gulai tempoyak. Masa tulah aku dapat menyusukan qaseh dengan tenang... alasannnn. Bila qaseh tidur dengan aku sekali ke laut...bangun bangun aje tengok gulai tempoyak dah siap. Rendang tengah di kacau...fuhhh...tak terkata aku...
rendang daging
kuah kacang haji samuri lagi...
nasi impit
Sebelum ke masjid untuk solat, haruslah mengisi perut terlebih dahulu. Yasmin berkali tanya aku boleh minum ke pagi ni...dah boleh makan ke...hari ni hari raya sayang...dah tak payah puasa lagi...Semestinya bagilah suami dan anak-anak lelaki bersarapan dulu. Tahun ni baju raya aku sekeluarga tak ada tema lagi...letih dah aku nak menetapkan warna rasmi setiap tahun. So tema kita orang setiap tahun adalah warna-warni di aidil fitri. Hentam kormo...
Sementara menunggu cik abe-cik abe memasing balik dari solat raya, kita orang lah pulak menjamu selera. Selepas tu terus lah susun kuih-kuih raya kat dalam balang. Balik dari solat raya, anak-anak sibuk nak bersalaman...salam ada maknakan...masing-masing dah ada target nak beli apa dengan duit raya dia orang...zaman aku dulu, paling tinggi dapat duit raya dalam RM 23 aje. Budak sekarang ni, cecah ratusssss...qaseh yang duduk rumah tu pun dapat dlm RM 100++. Tu belum lagi dia mengikut abang or kakak dia berjalan raya. Tapi tahun ni pun eimran dengan yasmin tak di benarkan berjalan raya sangat. Yalah rumah kat kampung tu tepi jalan, kereta laju-laju...macam F1. Duduk ajelah rumah atau ikut time aku berjalan ke rumah sedara mara.
okey...cerita raya seterusnya dalam next entry ya. ni baru intro aje tau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan