04 Ogos 2012

Kad Raya 2012

hehehe...hari tu kasut raya 2012, skrg ni ni pulak kad raya 2012.  Nilah satu satunya kad raya yang aku dapat.  Sudah semestinya dari anakanda yasmin.  Kad raya upin ipin lagi.  Yang kelakarnya, masa aku telefon danial pulak yang excited bagi tau ada sesuatu untuk ibu kat rumah...aku pun sajalah buat-buat teruja sangat nak tahu...apa dia cakaplah...mana boleh, ibu kena balik dulu...tu sajalah tu nak umpan aku suruh balik cepat...dia orang ni kan hari hari duk pesan, ibu balik lah pagi pagi, janganlah balik malam malam...kesian kat dia orang...kalau arwah mak aku ada lagi dan dia baca blog aku ni, mesti dia kata kesian kat budak budak tu...sob..sob..sob...kadang tu kan, masa kat dalam kereta or bas nak pergi kerja pun dia orang duk pesan suruh balik pagi pagi...camner tu, baru nak pergi kerja dah di suruh balik...
eimran kata asyik ulang ayat yang sama aje...abang ni teruk kan.  At least dia ingat juga nak bagi kat ibu...biarlah dia tulis berulang-ulang kali pun...i love you too yasmin...
kepada ibu yasmin yang baik hati...senyum sokmo aku.
dah letak kat opis dah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails