30 Ogos 2012

Raya Kelima

Tetiba aje melompat raya kelima kan...Raya keempat tak banyak sangat gambar.  Lagipun half a day tu dah menghabiskan  masa kat Jab Pendaftaran Negara atas urusan Seri Paduka Baginda.  Yang tu nantilah aku citer.  Raya kelima ni memenuhi impian anakanda Danial yang terliur tengok Haziq bermain kat Cosmic World Times Square kat dalam Tom Tom Bak masa bulan puasa hari tu.  Macam dah tak ada sedara kan nak pergi ziarah...
Awal pagi jugaklah kita orang keluar...awal tak awal dalam pukul 10 jugaklah.  Sebelum tu singgah kat Pertama Kompleks dulu sebab en suami ada urusan kat situ.  Dah alang-alang setengah jam nak menunggu tu, dia ajaklah kita orang breakfast kat sini.  Sumpah tak sedap...dahlah mahal...ntah apa-apa aje peniaga ni.  Tak payahlah sebut kedai kat mana...Kalau aku tahu lebih baik makan nasi impit kat rumah...Aku paksa dia orang makan habis pasal MAHALLLLL....dia orang perabiskan pun sebab LAPARRRR!
 Cerita dan gambar kat Times Square lepas ni.  
Tq for reading...

1 ulasan:

  1. Mmmm..... samalah pengalaman kami di satu tempat tu, raya kelima juga... sebab dah lapar, sumbat aje...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails