Hari tu masa washing machine aku masuk sepital, aku lah yang jadi machine duk memberus baju anak2 bertuah, suami bertuah ngan aku yang bertuah ni...ngeh..ngeh..ngeh...
Seawal pagi sabtu ngan ahad tu mmg kat bilik air lah tempat lepak aku. Tak ada masanya aku nak buat breakfast bagai, sila beli ok..
Tapi sebelum memberus, aku pastikan rumah dah bersapu ngan bermoplah sebelum anak2 bertuah tu bangun. Kalau dia org dah bangun, rumah akan jadi mcm kapal karam...aku tx laratlah pulak nak nengok 'kapal karam' sepanjang hari...tu yang aku kemas siap2 sebelum dia org bangun.
Masa aku tengah duk syok memberus, tetiba aku dengar yasmin duk marah kat danial. aku tengok danial duk diam, takut sbb kakak dia tengah pegang hanger...padannnnnn...
Aku diam kan aje. Antara conversation yang aku dengar :
yasmin : a) nak ambik sendiri ke
b) nak suruh kak min ambik ke
c) nak kena hanger ni ke
d) nak suruh ibu bangun jadi hantu kak limah...
aku : ??? krg hasam..per hal aku pulak terbabit ni...
yasmin : cepat pilih a, b, c atau d?
aku : sengih sorang2 kat dlm bilik air
Yasmin marahkan danial sebab budak kecik tu buang sampah merata2 kat dlm rumah...tu yang kakak dia terus jadi mak tiri tuh...
hahaha! lawak la dorang..sampai ati samekan mak dgn hantu kak limah..agagagaga
BalasPadamSalam,
BalasPadamlawak la bebudak ni...maka hantu kak limah pun sengih ya