Ni hasil kerja eimran. Tu pun aku jumpa kat dalam bakul sampah. Nasib baik masa kejadian ayah dia ada kat rumah. Jadi ayah dia ajelah yang jadi bomba...
Eimran nak panas kan apa ntah kat dlm microwave, sekali dia bantai pusing sampai 5 minit, maunya tak cair tupperware tu! Hangin betul aku..kurang satu tupperware ibu ...
Rasanya dah ajar, kalau nak panaskan apa2 pusing sampai 3 minit aje. Kalau tak panas jugak, pusing lagi 3 minit...fahammmmmmmmmm!
Ni dia terus pusing sampai 5 minit, berasaplah microwave tu. Suspen jugaklah dia orang dua beranak...kang tak pasal2 pisang berbuah dua kali. Ingat lagi masa bulan puasa 2006, en suami masak air guna dapur gas, lepas tu tertidur...apa jadi??? Sib baik aku terjaga masa tu, tengok api kat dapur...huhuhu suspen betul. Tak fikir apa dah, kejutkan en suami, dia pun terus siram kat api tu...sib baik sekali siram dah padam. Tapi tulah, berasap satu rumah. sesak nafas...Terus angkat eimran ngan yasmin(masa tu baru 2 aje) tidur dlm kereta.
Jenuhlah kita orang subuh2 hening tu duk renjis2 di pilis air kat dalam rumah...dengan jelagat nya...sib baik masa tu nak raya, nak tak nak kenalah cat jugak siling yang dah hitam tu...dapur gas memang ke lautlah. Kalau tak silap lagi seminggu nak raya...kalau aku tak sedar masa tu...Allah sajalah yang tahu...sob..sob..sob...Api memang dah sampai kat saluran gas tu...syukur alhamdulillah sebab masih bernyawa lagi sampai hari ni...
Tapi part paling terharu + kelakar bila aku bagi tau kat arwah mak...terus dia hulur duit suh beli dapur baru. dia kata kena sedekah kat orang yang di timpa musibah...kah kah kah gelak aku masa tu...tu bukan musibah...tu kecuaian...
So masa raya 2006, tak ada orang datang beraya, pasal aku kata sapa nak datang sila bawa bekal air sendiri. Aku sediakan kuih raya aje! Yalah tak ada dapur nak masak air kan...
Semenjak tulah aku gunakan cerek elektrik aje utk masak air...trauma tau!
Assalam yati,
BalasPadamoo..nasib baik tak ada apa2 yang serious..
nasib baik ada ayah kat rumah..harap semua ok ya..
thanks yati for the wishes tu ya..
saya memang fobia nak guna microwave nih. So far, masih takde kekuatan nak guna lagi. Lebih sanggup perhangat lauk dalam periuk, then cuci periuk dan lap dapur berbanding jimatkan masa dengan hanya panaskan lauk dalam satu bekas. Dulu lagi teruk, nak guna oven pun saya takut.
BalasPadam