Tengoklah gambar budak kecik ni. Tak terkata apa setiap kali dia buat kerja2 part time dia ni. Kalau aku ambik pinggan tu, confirmed dia punya jerit kalah aku! so memang aku biarkan aje sampai dia bangun sendiri baru aku kemas kan. Tapi penatnyer...
Makanan tu tak adalah pedas mana, tapi sibuk nak air. Bila bagi air, minum adalah seteguk, pusing sekali lagi dah penuh kat pinggan tu...huaaaaahhh...nangis mak ko qaseh...sebelum tidur memang kena tukar sepersalinan dulu.
Skrg ni qaseh dah 1 tahun 9 bulan. kejap aje dah besar budak ni. Kenakalan dia semakin terserlah. Bangun pagi sama ngan aku. Kalau aku tx layan dia mmg loud speaker subuh2 sepi tu. Suara dahlah kasar cam jan...tu ayah dia yg cakap...maunye tak terkezut jiran2 setaman...
Dah pandai nak rebut2 barang ngan abang danial. bertarik-tarik ko! selalunya danial akan mengalah selepas sedas tumbukan di beri...kadang rasa nak gelak bila ingat aksi dia org ni...lepas tu datang mengadu kat aku, abang buat...aku nak cakap apa, suruh bagi balik kat abang dia kang, dia pulak melalak cam apa ntah...sudahnya aku pujuk lah danial nanti kita gi kedai mamak ya...nasib baik danial ni jenis makan pujuk punya orang...
Masa tengok tu mmg lah nak marah pun ada, tapi tulah, kecik lagi kan, sabar ajelah. Mana yang boleh pujuk tu, aku pujuk2 manjalah.
Skrg ni mesin basuh aku sakit, dah hantar sepital dah. Tapi tx discharge lagi. Sabar ajelah. Sementara tu, akulah jd mesin basuh. Rasa nak tercabut tangan ni memberus. tapi bila pikir balik, elok gak basuk tangan ni, dapatlah aku sental kotoran2 yg degil tu. Sebelum ni cam liat aje melekat kat baju bebudak ni. Bila kering baju tu, tengok balik rasa puasssssssssssssss hati sangat sbb dah bersih. Bukanlah nak kata mesin basuh tu tx bagus, bagus jugak, tapi kalau ada budak2 ni, mmg kena sental dulu baju2 dia org yg kena kotoran2 degil cam cokelat ngan lauk2 yg tumpah kat baju tu. Di sebabkan penat memberus lah sampai aku tx larat dah nak menghapdet blog ni..boleh terima ke alasan ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan