31 Mac 2011

Permaisuri Agung

Hari tu masa aku pergi office BIL nampak gambar DYMM Raja Permaisuri Agung-Permaisuri Nur Zahirah.  Aku memang suka tengok permaisuri ni, cantikkkk sangat kat mata aku.  Salah satu sebab jugak aku letak nama yasmin ada zahirah kat belakangnya-Yasmin Zahirah.
Masa tu aku terus cakap kat yasmin, cantik kan permaisuri ni, nanti amin pun kena jadi cam dia jugak.  Jadi permaisuri? Yalah...ok  habis kat situ jerlah.

Semalam masa tengah makan aku tengok dia duk makan berbunyi,chap..chap..chap cam tu.  Padahal ayah dia dah sound suh makan senyap2, tapi kadang tu terlupa syok aje dia ngap berbunyi2.  Since semalam aku monitor cara dia makan tu.  Kalau berbunyi aje, terus aku sound.  Cepat2 dia makan tutup mulut!

Yang kelakarnya, aku cakap kat dia, nak jadi permaisuri mana boleh makan macam tu.  kena makan sopan santun.  so dia try lah makan slow2.  ada hati rupanya nak jadi permaisuri! Lepas tu siap tanya lagi, permaisuri duduk macam mana?  kenalah aku buat demo kat dia duduk sopan2 gitu...hahaha..berangan anak beranak...

The best part bila dia tanya, amin tak pergi sekolah, boleh ke jadi permaisuri agung? kahkahkah..gelak besar mak ko min...Hah! tau pun...sila pergi sekolah ya...Pagi tadi tanpa di paksa dia sendiri cakap nak pergi sekolah..sekolah agama yang dia selalu nak ponteng tu.  Aku dah hampir nak berhentikan aje, sebab nak jadi permaisuri terus nak pergi sekolah...aminnnnnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails