31 Julai 2011

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum...bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  Mohon ampun dan maaf atas apa jua salah dan silap sepanjang pembabitan aku di alam maya ini.

Bersama-samalah kita melipat gandakan amalan di bulan yang mulia ini.  Moga amalan kita semua di terima olehNya.

29 Julai 2011

Apa2 Ajer

Haiissshhh...kalah lah pulak harimau malam tadi.  Tak per..tak per...kalah bermaruah... Tabik toing2 kat penjaga gol yang berjaya menahan bola dari tembus...cayalah...glove dia tu macam ada gam...

Bila kalah aje malam tadi, danial aku pun terus demam.  Aku terjaga tengah malam tu, rasa badan dia panas...alahai tak kan kalah terus demam kan???  Tak per dah bagi ubat pagi tadi, harap dah baiklah tu...

Susah weiii nak bagi dia makan ubat.  Dahlah aku nak cepat pergi kerja.  Dia boleh pulak main nyorok2kan muka dia bawah bantal.  Naik ikut ibu balik kampung tak?  Bila ?  Lepas makan ubat ke?  Tak..esok kita balik kampung.  Adam nak balik kampung makngah.  Balik kampung ibu...tak nakkkk...adam nak balik kampung makngah.  adam nak mandi kolam.  ohhh tu kampung pandan...ni kita nak balik kampung lain...oooohhh kampung ibu..ya kampung ibu... baru nak makan ubat.  Lepas tu syringe tu tak boleh terus cabut dari mulut dia...kena keraskan sikit suara..telan..telan...telan...nampak lah kat leher dia tu menelan baru aku tarik syringe tu.  Kalau tidakkkk...laju aje dia berlari ke bilik air keluarkan balik...

28 Julai 2011

Good Luck Malaysia

Tetiba aje buat n3 pasal bola...tak per ni blog aku, suka hati akulah...semenjak 2 menjak ni aku patriotik sikit.  Almaklumlah tak lama lagikan kita nak menyambut kemerdekaan...

Aku harap harimau malaya boleh ngap itu singa malam ni!  Tak kisahlah sapa pun penjaringnya, pasti menanglah malam ni.  MALAYSIA BOLEH!!!


Danial laaagggggiiiii boleh!!!

Ra Aliff Nun Ya

Sesekali pekena air dari timur tengah ni sedap jugak.  Dulu aku pernah beli Barbican yang di ragui kehalalan nya, tapi sekarang dah confirmed halal.  Sekarang ni beralih arah ke air cap rani ni pulak.  Rani tu sama nama ngan biras aku tau!

Aku selalu beli perisa mangga.  Tadi nampaknya ada lagi 2 perisa.  satu oren dan satu lagi tu aku tak pasti.  cam honeydew pun ada jugak.  Buat masa ni tekak aku suka mangga walaupun tadi tangan macam dah nak ambik aje yang oren tu.  Tak per esok masih ada...

Harga pun berpatutan.  Kiranya mampu belilah.  Ni kira membeli sambil menderma...

Kasut Raya

Melampau betul kita orang...anak bulan nak puasa tak nampak lagi, dah beli kasut raya... hehehe...semua ni adalah secara tak sengaja.  Kebetulan masa tu tujuan asal adalah nak beli kasut untuk eimran aje.  Anak bertuah aku tu memang tak suka nak pakai kasut kalau berjalan, dia suka selipar or sandal yang simple2 aje.

Dah hari tu dia nak pergi tengok chelsea kat Bukit Jalil, tak kanlah nak pakai selipar!  Buatnya dlm ramai2 tu bertolak2 dan terpijak selipar dia, tak ke haru???  dahlah dia sorang2 sebab aku mau pun ayah dia tak pergi...nak tak nak aku paksa jugak dia beli kasut sukan.  Aku kata sekali untuk kasut raya sebab dah alang2 nak dekat raya nikan...tapi gambar kasut dia aku tak ambik gambar pulak.  Tulah sekali dia pakai kasut tu, lepas tu masa pergi KL hari tu pakai balik selipar sakti dia balik!

Yang kaler pink kat atas tu untuk yasmin.  dia tak boleh tengok abang dia lebih dari dia.  hangin aku...kita orang belikan eimran kasut dan stokin pun dia boleh kata, kenapa abang dapat 2 barang amin dapat satu aje?  apa yang dua nyer?  tu kasut dengan stokin, amin kasut aje...
Danial ni lagi haru, lalu aje depan kedai kasut terus berkenan dengan kasut tu.  padahal tahun lepas pun beli lebih kurang cam tu jugak.  Tapi dia memang bagus, pakai sampai lunyai...memang berbaloi belikan untuk dia.  Lepas bayar aje kasut dia ni, sibuk nak pegang sendiri beg kasut dia nih, aku pun ok lah...elok sangatlah tu...sekali bila aku dah jalan ke depan, dia kat belakang tengah duk mengeluarkan kasut baru dia ni sebab nak pakai...laa kata nak pakai raya...suka hati ko lah danial...

Okaylah lepas ni cari kasut raya untuk qaseh dan aku lah pulak...oppsss...aku pun nak kasut raya jugak ke?  kasut raya cum kasut kerja...mengadakan...

27 Julai 2011

Wordless Wednesday#2-Wallaaaa....

24 Julai 2011

Jom Pergi Taman

Haaa...pantanglah kalau aku sebut ayat tu...Laju dan bertubi2 anak2 terchenta akan tanya balik terutama danial.  ibu nak bawak adam gi taman ke?  me kasih ibu...adam saaaayang ibu...ni antara ayat2 cinta dari danial...sebenarnya dah3 minggu kita orang terperap kat rumah tak kemana2.  kesian kat aku dan anak2 aku...

Berlarian nak pergi taman.  happy aje dia orang.  panas pun tak peduli dah janji dapat pergi taman.  masa ni pukul 6 petang dah.  Tapi masih panassss...



Rajinlah kakak yasmin membuaikan adik2 dia. 

23 Julai 2011

Tempe Lagi

Buat lagi tempe goreng berlada ni.  Dah berkali2 aku buat tempe ni...tak jemu2 lagi anak2 terchenta menjamu selera...pantang buat aje habis..buat aje habis...alhamdulillah.  Kalau buat untuk lunch memang tak sempat nak dinner dah.

Gambar ni eimran yang ambik.  statik cam tu aje.  oklah tu dia sudi gak nak tolong maknya ambik gambar...tq abang...

Kalamansi

Ataupun senang sebut limau kasturi blend.  Sedap minum time2 panas ni.  Sejukkkk aje lalu kat tekak.  Asam boi tu ada kawan yang bagi, memang khas untuk buat air katanya.  Kalau beli yang biasa tu, macam tak mengembang asamnya...
Jemput minum...

22 Julai 2011

Dalam Kenangan - Chelsea vs Malaysia

Walaupun dah habis dah perlawanan Chelsea ngan Malaysia, aku tetap nak letak jugak kat blog ni.  Kenangan tu...bukan senang nak pergi tengok bola live kat stadium.  Ni bukan akulah, ni utk anak aku eimran.  Lagilah budak sekolah cam tu, dpt peluang gi stadium tengok live, sure terujakan.  Eimran sendiri teruja, tak sabar.  Dan dia dikira bertuah jugaklah sebab dapat pass tengok training hari Selasa sebelum game.

Jangan tak tau, bila dia baca kat blog tengok aku letak tiket aje, terus call tanya sapa punya tiket ???  Aku kata kawan punya...habis kenapa ibu lak yang beratur 20 minit... hahaha...kantoiii...bila dpt offer pass tengok training lagilah dia seronok.  Siap plan masa training nak pakai baju chelsea, masa game nak pakai baju malaysia...akulah tu suruh pakai baju malaysia!!
Budak ni pulak time aku nak ambik gambar pass tu, dia pun sibuk nak ambik gambar ngan power rangers dia tu...sukahatilah danial...dah malam ni, tak tidur lagi...dia ni memang tidur lambat punya kaki...

Mood Waktu Pagi

Budak kecil nikan, memang bangun pagi.  Asal aku bersiap nak pergi kerja, dia ingat nak pergi jalan.  Tu pasal dia rajinnnnnn sangat mandi pagi.  Dia ingat aku nak bawa dia pergi jalan lah tu...
Tapi ntah kenapa pagi tadi mood dia ke laut lak.  Selalunya kalau aku ambik gambar, dia sibuk2 nak tengok balik, ni tak...dia buat dekkkkk aje.  Aku pulak yang sibuk duk sua2kan kat dia kamera tu suruh tengok...
Aku rasa ni sebab dia tak cukup tidur malam tadi.  Dia pun sama tengok bola Chelsea vs Malaysia.  Aku tak pergi tengok kat stadium, tapi kena tunggu orang yang balik tengok kat stadium tu dlm pukul 12 lebih.  Tengah malam tu jugak danial sibuk nak ice-cream...aduhhhh kenalah pulak pergi 7E cari ice-cream...sudahnya dekat pukul 2 jugak baru tidur.
Hasilnya nilah muka tak cukup tidur....walaupun tak cukup tidur, mata tetap besar...

21 Julai 2011

Karipap Segera

Ni bukan n3 sponsored ya.  Aku saja nak sharekan kesedapan karipap ni kat tekak kitaorang se family.  Memang sedap karipap pusing ni.  Aku selalu order melalui sms aje.

Tapi kalau terlambat masuk order, kim salam lah nak dapat.  Kakak ni buat cukup2 aje ikut order yang dia terima.  Kadang2 aje dia buat terlebih adalah rezeki...

Delivery setiap hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat.  Order pulak seeloknya hari Isnin.  Macam minggu ni, aku terlupa nak order, memang tak dptlah.  Anak2 aku mmg suka.  satu pack ada 10 keping di jual pada harga RM 4/-.  Bagi aku berpatutan sangat.  Selalunya aku beli dlm 4 pack. 
Tapikan kat rumah aku ni satu pack tu sekali hadap aje.  Jadi kalau 4 pack tu boleh bertahan untuk 4 hari aje!  Aku beli ni sebab senang pagi2 boleh terus goreng aje untuk eimran nak ke sekolah buat breakfast.  Kadang yasmin pun bawa bekal sekolah petang.

Setahu aku ada 3 rasa, ayam, daging dan sardin.  Selalunya aku beli ayam dan daging.  Tapi aku lebih suka daging.  Anak2 suka dua2...sedapppp...cubalah...

Sambal Telur Lagi

Balik dari sukan sekolah anak2 terchenta tukan, aku memang zzzzz sampai pukul 3 lebih.  Penat giler tau.  dahlah dengan cuaca panasnya...lunch hari tu aku panaskan aje lauk dinner sebelum tu, terung berlada dengan tempoyak colek tu.  Bila tanya eimran ngan yasmin dah makan ke belum?  masing2 kata tak makan sebab tak ada lauk.  tu lauk terung tu apa bendanya???
Nak tak nak petang tu aku buatlah sambal telur lagi.  Kali ni aku buat ikut style arwah abah aku.  He is a good cook!  telur rebus tu aku goreng dulu.  di sebabkan asyik terpercik aje minyak, aku singkatkan waktu gorengan.  jadi tak banyaklah bahagian yang mengerekot... sebelum kulit aku sendiri mengerekot, baik ambik langkah keselamatan.

Kali ni aku tumbukkan ikan bilis bersama dengan bawang merah dan bawang putih.  Sebenarnya aku pun bukan ingat sangat resepi yang arwah abah aku selalu buat ni.  ingat2 lupa...tapi bila dah masak...tak sabar2 eimran dengan yasmin nak makan.  telur tu aku rebus 6 biji, aku sendiri pun tak makan, cuma makan roti cicah ngan sambal telur aje.  habis jugak telur tu.  sedap sangatlah tu...ayah dia orang pun tak sempat nak rasa...cuma bila bangun pagi esoknya aku tengok ada lebih danial punya, aku rasalah sikit telur tu, memang sedap ko!!!  sori ya..masuk bakul angkat sendiri...sapa lagi nak angkat kan???

Hari Isnin hari tu aku cuti, masak lagi sambal style cam ni, tapi guna ikan keli, pun habis licin!  siap berebut lagi eimran dengan yasmin.  kesian kat yasmin datang mengadu ngan aku, abang habiskan lauk sambal sampai amin makan nasi aje tak ada lauk..alahai kesiannya...nanti ibu buat lagi ya...aku rasa syok pulak masak sebab anak2 nak makan cam ni...TAPI AWAS ya, jangan cuba2 suruh aku masak...aku masak kat rumah aku SAHAJA!!!!muahahahha...

20 Julai 2011

Hasil Tangkapan Di Hari Sukan

Aku memang dah tahu sangat kat sekolah dia orang ni, bukan hari sukan aje, hari ambik kad laporan adab belajar pun ada orang duk jual2 dlm kawasan sekolah.  Dan aku lebih tahu sangat perangai anak2 terchenta aku ni terutama yasmin...MESTIIIIIII nak beli jugak walaupun satu barang!!  eimran dah tak heran sangat dah.

So nilah hasil tangkapan dia.  takkan aku nak belikan untuk dia aje pulak, kang sampai rumah berebut pulak dengan qaseh dan danial.  sib baik orang tu jual 3  for RM 10.  Happy betul danial bila aku tunjukkan gambar ben 10.  dia tak kisah pun puzzle ke apa, janji ben 10.  sebenarnya dah seminggu dia suruh aku cari perfume ben 10.  manalah aku nak cari.  pernah nampak kat giant yang superman punya adalah...aku lak asyik cakap nanti jumpa ibu beli...bila nampak aku beli puzzle ni, dia tak tanya dah pasal perfume tu...eloklah tu. harap dia tak ingatlah dah...

 ni yasmin punya-baru sekali buat dah hilang satu...
 eimran tolong danial buat. 
 banyak yang dah hilang.  tapi dah jumpa balik...
qaseh pun ada jugak...dia punya mickey mouse...

Lagi Cerita Sukan

Lagi cerita sukan anak2 terchenta.  Jangan muntah hijau ya.  Almaklumlah aku pun kena menunggu kat tepi padang yang panas tu sampai habis acara lari balapan bagai.  sekali sekala layan hari sukan ni best jugak.  Teringat zaman aku sekolah rendah dulu.  Masa aku dulu boleh tahan aktif jugak.  perbarisan confirmed masuk.  lari berganti2 4 x 100 pun aku masuk tau!  tapi rumah sukan memang aku tak ingat...sama ada rumah merah atau hijau.

Masa aku dulu, acara sukan bermula sebelah petang.  sebelah pagi selalunya adalah acara menghias rumah sukan.  setengah hari aje hias menghias ni.  Aku tengok rumah sukan dia orang ni sempoi aje.  Tak adanya nak hias2 bagai.

Disebabkan sampai boleh kata awal jugak, dapatlah peluang tengok perbarisan rumah sukan ni.
 rumah kuning bawak sponge bob!
 rumah merah - ada tagline lagi...
pepsi cola 7 up, rumah merah dont give up..cool babe...
 rumah biru...sikit hari lagi boleh dpt kontrak ngan celcom...hehehe..
 rumah hijau-rumah sukan eimran.  bawa ninja turtle
 persembahan oleh murid2 prasekolah...alah...comel sangat...
 senamrobik oleh murid2 tahun 3 & 4
lagu2 dia orang pun boleh tahan.  start dengan lagu hindustan. 
 lepas tu lagu stacy, last sekali lagu abg nuar...kelassss...
 acara mempertahankan diri

adik lelaki yang duk pegang papan tu pun ada gak take part bhg pecahkan papan tu.  dia punya pusing dah cantik tapi tang nak tendang tu tak kena pulak kat papan tu...
 acara yang di tunggu2...
 penerangan oleh cikgu...tarik lepas..tarik lepas...
 sediaaaa....
 tarikkkk..tarikkkk...jangan lepasss...
tarik lah..sapa suruh lepasssssss...

terover mak ko kat tepi padang tu bang...tapi ada sorang cikgu tu lagi hover...belakang tu tariklah kuat sikit...!!!aku yang dengar pun terus gelak...leks lah cikgu...biasalah budak2 ni kalau kalah aje nak naik angin termasuklah eimran aku tu...yasmin siap cakap, habislah bu...abang dah mengamuk tu...leks lah bang, ni kan sukan...mestilah ada yang kalah dan ada yang menang.  kalau kalah, cuba lagi tahun depan...ni pun dah syukur dapat tempat ke 2 tarik tali.  kiranya abang kuat jugaklah tu...

Temasya Sukan SKKP

Sabtu lepas aku menggagahkan diri untuk hadir ke temasya sukan sekolah anak2 terchenta.  aku pergi lewat sikit dengan yasmin sebab dia kata dia tak masuk apa2 acara pun.  lewat pun tak lah lewat mana dalam pukul 8.30 gitu.  eimran dah pergi awal dengan kawan2 dia.
sampai aje kat pintu masuk sekolah, aku dah sibuk duk ambik gambar.  yasmin dah pot..pet..pot..pet...sib baik tak ramai orang kat depan pagar tu.   Tengah syok2 ambik gambar, aku di sapa oleh seseorang...ngeh..ngeh..ngeh...kakak sepupu aku rupanya - kak ram.  anak makngah aku.  lama tak jumpa dia.  nama aje duduk satu kawasan, pergi rumah dia..harammm...buat manis mulut, aku tanyalah, makngah sihat???  sihatttt...korang aje tak nak datang rumah...aku kena boldkan perkataan 'korang' pasal dia bukan tuju kat aku sorang, dia tujukan sekali pada aku dan keluarga aku...hehehe...aku tau keluarga aku juga ada baca blog ni...sila ambil perhatian... 

masuk aje pagar sekolah, mata aku melilau cari anak bujang aku tu.  sibuk aku suruh yasmin cari abang dia.  yalah...masa pergi pagi tu tak menyempat nak sarapan, jadi aku nak tanyalah dah sarapan ke belum?

Pihak sekolah ada jugak bagi muffin gardenia dengan mineral water untuk murid2.  Yasmin merenung muffin yang dia dapat, aku suruh simpan untuk danial dengan qaseh.
Eimran sedang menjamu selera dengan kawan2 kelas dia. aku dengar kawan dia tanya, mak ko ke? dia angguk kepala aje...pandanglah mak ko nak ambik gambar...hahaha sabar ajelah kan dengan eimran ni...


ni pun kawan kelas dia.  aku kenal yang baju kuning tu-edinal.  duduk satu jalan ngan kita orang.  dia sporting siap suruh aku ambik gambar dia lagi...
Budak ni mula2 kata tak ada masuk apa2 acara, sekali bila jumpa kawan dia, rupanya dia masuk acara lumba lari.  Dah datang lambat, cikgu gantilah dengan orang lain.  Lepas tu salahkan aku sebab pergi lambat!!???  sendiri punya acara pun tak tau ke???

First time jugaklah aku tunggu sampai habis acara sebab tahun ni eimran masuk acara tarik tali.  Sebagai ibu mithali aku kenalah bagi semangat...
Related Posts with Thumbnails