20 Julai 2011

Hasil Tangkapan Di Hari Sukan

Aku memang dah tahu sangat kat sekolah dia orang ni, bukan hari sukan aje, hari ambik kad laporan adab belajar pun ada orang duk jual2 dlm kawasan sekolah.  Dan aku lebih tahu sangat perangai anak2 terchenta aku ni terutama yasmin...MESTIIIIIII nak beli jugak walaupun satu barang!!  eimran dah tak heran sangat dah.

So nilah hasil tangkapan dia.  takkan aku nak belikan untuk dia aje pulak, kang sampai rumah berebut pulak dengan qaseh dan danial.  sib baik orang tu jual 3  for RM 10.  Happy betul danial bila aku tunjukkan gambar ben 10.  dia tak kisah pun puzzle ke apa, janji ben 10.  sebenarnya dah seminggu dia suruh aku cari perfume ben 10.  manalah aku nak cari.  pernah nampak kat giant yang superman punya adalah...aku lak asyik cakap nanti jumpa ibu beli...bila nampak aku beli puzzle ni, dia tak tanya dah pasal perfume tu...eloklah tu. harap dia tak ingatlah dah...

 ni yasmin punya-baru sekali buat dah hilang satu...
 eimran tolong danial buat. 
 banyak yang dah hilang.  tapi dah jumpa balik...
qaseh pun ada jugak...dia punya mickey mouse...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails