20 Julai 2011

Lagi Cerita Sukan

Lagi cerita sukan anak2 terchenta.  Jangan muntah hijau ya.  Almaklumlah aku pun kena menunggu kat tepi padang yang panas tu sampai habis acara lari balapan bagai.  sekali sekala layan hari sukan ni best jugak.  Teringat zaman aku sekolah rendah dulu.  Masa aku dulu boleh tahan aktif jugak.  perbarisan confirmed masuk.  lari berganti2 4 x 100 pun aku masuk tau!  tapi rumah sukan memang aku tak ingat...sama ada rumah merah atau hijau.

Masa aku dulu, acara sukan bermula sebelah petang.  sebelah pagi selalunya adalah acara menghias rumah sukan.  setengah hari aje hias menghias ni.  Aku tengok rumah sukan dia orang ni sempoi aje.  Tak adanya nak hias2 bagai.

Disebabkan sampai boleh kata awal jugak, dapatlah peluang tengok perbarisan rumah sukan ni.
 rumah kuning bawak sponge bob!
 rumah merah - ada tagline lagi...
pepsi cola 7 up, rumah merah dont give up..cool babe...
 rumah biru...sikit hari lagi boleh dpt kontrak ngan celcom...hehehe..
 rumah hijau-rumah sukan eimran.  bawa ninja turtle
 persembahan oleh murid2 prasekolah...alah...comel sangat...
 senamrobik oleh murid2 tahun 3 & 4
lagu2 dia orang pun boleh tahan.  start dengan lagu hindustan. 
 lepas tu lagu stacy, last sekali lagu abg nuar...kelassss...
 acara mempertahankan diri

adik lelaki yang duk pegang papan tu pun ada gak take part bhg pecahkan papan tu.  dia punya pusing dah cantik tapi tang nak tendang tu tak kena pulak kat papan tu...
 acara yang di tunggu2...
 penerangan oleh cikgu...tarik lepas..tarik lepas...
 sediaaaa....
 tarikkkk..tarikkkk...jangan lepasss...
tarik lah..sapa suruh lepasssssss...

terover mak ko kat tepi padang tu bang...tapi ada sorang cikgu tu lagi hover...belakang tu tariklah kuat sikit...!!!aku yang dengar pun terus gelak...leks lah cikgu...biasalah budak2 ni kalau kalah aje nak naik angin termasuklah eimran aku tu...yasmin siap cakap, habislah bu...abang dah mengamuk tu...leks lah bang, ni kan sukan...mestilah ada yang kalah dan ada yang menang.  kalau kalah, cuba lagi tahun depan...ni pun dah syukur dapat tempat ke 2 tarik tali.  kiranya abang kuat jugaklah tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails