28 Julai 2011

Kasut Raya

Melampau betul kita orang...anak bulan nak puasa tak nampak lagi, dah beli kasut raya... hehehe...semua ni adalah secara tak sengaja.  Kebetulan masa tu tujuan asal adalah nak beli kasut untuk eimran aje.  Anak bertuah aku tu memang tak suka nak pakai kasut kalau berjalan, dia suka selipar or sandal yang simple2 aje.

Dah hari tu dia nak pergi tengok chelsea kat Bukit Jalil, tak kanlah nak pakai selipar!  Buatnya dlm ramai2 tu bertolak2 dan terpijak selipar dia, tak ke haru???  dahlah dia sorang2 sebab aku mau pun ayah dia tak pergi...nak tak nak aku paksa jugak dia beli kasut sukan.  Aku kata sekali untuk kasut raya sebab dah alang2 nak dekat raya nikan...tapi gambar kasut dia aku tak ambik gambar pulak.  Tulah sekali dia pakai kasut tu, lepas tu masa pergi KL hari tu pakai balik selipar sakti dia balik!

Yang kaler pink kat atas tu untuk yasmin.  dia tak boleh tengok abang dia lebih dari dia.  hangin aku...kita orang belikan eimran kasut dan stokin pun dia boleh kata, kenapa abang dapat 2 barang amin dapat satu aje?  apa yang dua nyer?  tu kasut dengan stokin, amin kasut aje...
Danial ni lagi haru, lalu aje depan kedai kasut terus berkenan dengan kasut tu.  padahal tahun lepas pun beli lebih kurang cam tu jugak.  Tapi dia memang bagus, pakai sampai lunyai...memang berbaloi belikan untuk dia.  Lepas bayar aje kasut dia ni, sibuk nak pegang sendiri beg kasut dia nih, aku pun ok lah...elok sangatlah tu...sekali bila aku dah jalan ke depan, dia kat belakang tengah duk mengeluarkan kasut baru dia ni sebab nak pakai...laa kata nak pakai raya...suka hati ko lah danial...

Okaylah lepas ni cari kasut raya untuk qaseh dan aku lah pulak...oppsss...aku pun nak kasut raya jugak ke?  kasut raya cum kasut kerja...mengadakan...

2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails