Ni bukan n3 sponsored ya. Aku saja nak sharekan kesedapan karipap ni kat tekak kitaorang se family. Memang sedap karipap pusing ni. Aku selalu order melalui sms aje.
Tapi kalau terlambat masuk order, kim salam lah nak dapat. Kakak ni buat cukup2 aje ikut order yang dia terima. Kadang2 aje dia buat terlebih adalah rezeki...
Delivery setiap hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat. Order pulak seeloknya hari Isnin. Macam minggu ni, aku terlupa nak order, memang tak dptlah. Anak2 aku mmg suka. satu pack ada 10 keping di jual pada harga RM 4/-. Bagi aku berpatutan sangat. Selalunya aku beli dlm 4 pack.
Tapikan kat rumah aku ni satu pack tu sekali hadap aje. Jadi kalau 4 pack tu boleh bertahan untuk 4 hari aje! Aku beli ni sebab senang pagi2 boleh terus goreng aje untuk eimran nak ke sekolah buat breakfast. Kadang yasmin pun bawa bekal sekolah petang.
Setahu aku ada 3 rasa, ayam, daging dan sardin. Selalunya aku beli ayam dan daging. Tapi aku lebih suka daging. Anak2 suka dua2...sedapppp...cubalah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan