29 Jun 2012

Pasar Malam @ Prima Saujana

Lamanyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak pergi pasar malam kat Prima ni.  Berbulan, bulan, bulan, bulan lamanya.  Selalu lalu pandang-pandang aje.  Hari tu ajak en suami singgah...
Aku ambil gambar apa yang aku beli ajelah.  Beli murtabak keramat ni, ayam dan daging.  Not bad...sedap jugak.
Mesti lah cari ayam goreng uncle bob...aku langsung tak perasan yang paper bag ayam goreng ni dah lain.  Dulu tu warna kuning.  Kali ni, yang cekelat tu aje.  Eimran dengan ayah dia yang perasan.  Aku malas nak fikir, yang kuning tu dah habis kot...kalau tengok orang yang jual pun lain jugak.  Yang tu masa beli lagi aku dah perasan.  Tapi akukan always think positive...pekerja baru kot...sebab masih jual kat tapak yang sama...tapi tak tahulah pulak kalau dah bertukar orang...
 kacang rebus 3 bungkus RM 5
Rangka ayam fav en suami. tapi dia dapat makan sikit aje.  Yang lain anak-anak dah selamatkan dulu.  Kak Min baik hati tolong suapkan kat qaseh...

28 Jun 2012

Siakap Tiga Rasa

Yang ni versi sister in law akulah ya...lain orang lainlah caranya.  Aku bukan apa, dah beberapa kali kenduri, aku selalu tak merasa siakap tiga rasa nih.  So kali ni aku haruslah buat-buat tolong dia kacau-kacau aje time dia masak tu.  Sambil tu sibuk ngambil gambar yang lebih.  Bila minyak panas tu, masuk kan bawang dan halia yang dah di blend. Bawang tu bawang merah dan bawang putih.  Ni aku tulis untuk rujukan aku sendiri aje tau...
Lepas tu kacau-kacau sampai naik  bau.  Masukkan lada blend.  Kacau lagi...
 Masuk kan sikit cili api
 Masukkan serai yang dah di ketuk-ketuk.  Sebelum tu dia ada masukkan kiub pati ayam...
 Masuk kan cili dan tomato sos, terus kan kacau lagi...
 masukkan daun limau purut
lepas tu masukkan sayur-sayuran yang sedap dimakan ikut selera masing-masing.  sebelum masuk sayur tu, masuk kan air...agak-agak banyak mana ya.  Lepas tu rasalah garam dan gulanya.  
Okey lepas ni bolehlah try test tengok..jadi ke tidak...Jangan lupa siakap tu di goreng salut dengan tepung.

Mata Kucing ngan Ceri

Buah tempatan ngan buah luar tempatan.  Betullah kan...ada ke orang tanam ceri kat M'sia ni?  Ker aku yang tak tahu???  Maaflah ya kalau ada.  Yang ni aku beli ciput aje, sekadar nak merasa.  Kawan aku sorang tu suka bebenor makan buah ceri ni.  Dia kata sedap...tu yang aku pun nak rasa.  Memang sedap ko...ada rasa masam manis.  Yang ni harga dia RM 5 - 100 gram.  Kalau ada yang besar sikit sampai RM 80 sekilo.  Tu pun selalu habis tau...Peminat ceri ni sanggup beli berkotak-kotak tau...
Aku ingatkan ceri ni yang macam buat kuih tu.  Kadang ada letak seketul kat kek kan... bukan yang tu...walaupun nama sama...
Nilah ghoper buah ceri yang aku beli semalam.  Banyak tu harga dalam RM 6/- Adalah dalam sebelas biji aje kot.  Boleh tahan mahal juga kan..

Penyakit Berjangkit

Yaaaa...penyakit tak nak pergi sekolah dah berjangkit kat Danial pulak.  Kalau dulu lotih berperang ngan Yasmin yang asyik menangis tak nak pergi sekolah...sekarang ni dah menular pada Danial pulak.
Ni semua lepas cuti sekolah hari tulah.  Lagi pun masa buka sekolah tu, dia pun baru jatuh dan kepala dia masih berjahit lagi kan...aku pun tak adalah galak kan dia pergi sekolah sangat...ehhh dah sedaplah pulak dia tak nak ke sekolah.
Hahhh macam macam alasan dia bagi.  Tengoklah kat kepala dia tu, ada satu line kan.  Dialah tu sendiri gunting.  Sekarang ni ayah dia dah ada kat rumah, silalah jalankan tugas ya.  Mujur masa ayah dia outstation hari tu, dia okey aje pergi sekolah...kalau tak, mau naik darah tinggi aku.
Antara reason dia kan...ikram tak nak kawan dengan adam, teacher asyik marah adam, baju sekolah buruk...1001 alasan lah dia bagi...
Ayah dia gaya aje lebih pegang tali pinggang tu...tak adanya dia nak pukul budak 5 tahun nih.  kalau tengok muka danial masa tu memanglah tak sampai hati nak merotan dia... diakan drama king, cukup pandai buat muka sedih menagih simpati tuh...kira luluh lah hati aku tengok dia...
tak kena apa pun...terus terbaring sayu...

27 Jun 2012

Kenduri Tahlil Part 3

Gambar masa kenduri ni bolehlah tahan banyak juga, tapi tak adalah sampai ribu riban.  tapi aku tak nak lah masuk kan sekali semua dalam satu entry...saja aje aku pecah-pecahkan.  takut nanti kalau masuk banyak-banyak sekali dia 'hang'...so sebagai langkah keselamatan, aku buatlah part by part.
Ikan siakap ni nak masak 3 rasa.  Yang ni akan di jadikan lauk untuk tetamu malam nanti.
Di lumur dengan tepung terlebih dahulu
 goreng terendam kaedahnya...
Goreng ikan kat luar rumah, orang yang dalam rumah tengah sibuk duk prepare makanan lain untuk makan-makan tuan rumah...ni ada yang buat moroccon saladlah, sate morocco lah dan green lamb.

 cucuq jangan tak cucuq
 ni pulak ala-ala kebab gitu
nilah green lamb tu..resepi step by step jangan di tanya...tak follow langsung. tau-tau dah siap aje...
 green lamb makan ngan moroccon salad
abang ipar aku yang penat duk goreng kue teow tengah menikmati green lamb, moroccon salad ngan roti.  Nampak tak air dia tu, tembikai + pisang...nampak kan...kita orang asyiklah makan.   sebelum tuh masak kue teow...habis...ada yang sponsored ABC-air batu campur..pun habis juga.  Yang ABC ni aku memang tak sedar ada, tengok yasmin ngan eimran duk minum, minta sikit.  Buat pulak tembikai + pisang blend tu, punnnn habis.  
Sambil-sambil makan tu, masak tetap masak untuk kenduri.  Kang tuan rumah konyang, tetamu tak makan apa lak kan...
Okey sambung lagi...sambil-sambil tu nanti aku selit lah iklan citer lain juga.  Kang ada pulak yang muntoh baca citer kenduri...

Cekelat Lagi

Aku buat cekelat ni hari Isnin lepas.  Kali ni dapatlah en suami aku rasa.  Dia bagi suggestion suruh tambah susu segar...boleh lah cuba next round.  Aku beli juga acuan baru, saja nak cari kelainan...sebenarnya aku nak cari yang boleh buat cokelat oreo, tak ada pulak acuan bulat tu.  Kena gi kat kedai lain pulak lah.
Kali ni dapatlah bawa gi opis bagi sorang dua kawan rasa.  Dia orang pun kata kalau tambah susu lagi lemak-lemak gitu...okey cadangan di terima.  Siap ada yang kirim suruh belikan cokelat ngan acuan tu sekali...InsyaAllah...

Kenduri Tahlil Part 2

Ni pulak antara kuih muih untuk breakfast pagi sabtu tu.  Ada talam suji, seri muka, agar-agar dan kole kacang tak ada dalam gambar.  Kole kacang tukan, selain tak ada gambar, kuih tu jugak tak sempat masuk dalam perut aku...kesian kat aku..
Buah rambutan ni buah tangan mak lang aku.  Last year kan danial seronok sangat dapat mengutip buah rambutan ni...harus di ingat pokok rambutan ni berbuah time dekat-dekat nak puasa...di sebabkan tak lama lagi nak  puasa, haruslah pokok rambutan tu berbuah.  tu yang mak lang aku bawa masa datang kenduri tu.  Tak cukup dengan dia bawa, besoknya kita orang pergi serang pulak kat rumah dia.  En suami aku siap panjat lagi..teror awak ya...
Durian nak buat bubur kacang tu banyak lagikan...breakfast pun makan lagi durian...
Sebelah tengahari nak ke petang tu abang ipar aku masak kuew teow.  Tengok ajelah kat dalam gambar ni, beratur anak-anak sedara menunggu dia masak.
Yasmin kan main lagi menunggu depan kuali rupanya dia, tapi tak dapat...sudahnya dia suruh aku tolong cakapkan...
Tengoklah tu, masing masing siap pegang pinggan ngan telur sekali...over tau budak-budak ni...aku pun beralah lah dengan dia orang ni...sebab dah selalukan makan kue teow ni... kasilah mereka-mereka yang jarang-jarang makan...aku rasa sikit-sikit aje eimran ngan yasmin punya...

26 Jun 2012

Gulai Tempoyak

Tu antara bahan-bahan yang sempat aku snap.  Masa dia orang tengah memotong tu aku ingat nak ambil gambar, lepas tu dah sibuk buat benda lain terus lupa.  Ni bahan-bahan dah masuk dalam periuk.  Bahan utama mestilah pucuk ubi, daun kunyit dan pucuk labu.  semua tu dihiris halus.  serai pun dihiris sebelum di blend.  Bawang merah dan ikan bilis pun di blend halus.  cili api juga.
Lepas tu masukkanlah santan dan tempoyak.  Jangan lupa kunyit sikit bagi kuning.  Bertambah sedap bila ada petai...silalah letak petai...jangan letak jering tau!  cukup sekadar petai...
Lebih sedap makan sebaik siap masak...tu akulah tu...lagi sedap lepas dipanaskan on the next day.  Kalau rasa-rasa nak cicah ngan roti pun ok.  Gulai tempoyak ni pun masak hari Jumaat sekadar untuk makan-makan tuan rumah aje.  
Kali ni aku kena belajar masak gulai ni, pasal en suami kata, kalau aku boleh masak ni memang dia respect lah...ni tak, asyik-asyik sambal, kicap, sambal kicap...okeyyy...aku rasa tercabar...tu yang aku menyibuk masa kakak aku masak ni...minggu ni jugak saya buat!  Eehh tak boleh..tak boleh....minggu ni ada sukan anak-anak...minggu depanlah, InsyaAllah...kalau rajin...muahahaha...alasankan...

Kenduri Tahlil Part 1

Kelas tak cerita kenduri aku berpart-part...oh ya sebelum tu aku nak bagitahu, kenduri kali ni boleh juga dikategorikan sebagai kenduri makan-makan sedunia.  Apa taknya, dari pagi sampailah nak pejam mata...asyiklah makan..makan dan makan.  Ini pun ada beberapa makanan yang tak sempat aku nak ambil gambar.  Dah namanya kendurikan, sibuklah pulak nak menolong sana sini sinun...
Okayyyy...kenduri hari Sabtu seperti yang di rancang.  HariJumaat lagi aku dah cuti.  Bukan aku aje cuti tau...eimran, yasmin ngan danial pun cuti...dah nak balik pagi-pagi katanya...sudahnya pukul 12 baru gerak...yang ni tak dapatlah nak menolong sebab aku balik dengan kakak aku...tapi aku anak beranak dari pukul 8 pagi dah bersiap.  Sementara menunggu tu, dapatlah aku melelapkan mata selayang dua.  
Our 1st menu bubur kacang hijau dengan durian.  Mesti letak durian sebab sekarang durian dah gugur...Aku memang tak berapa nak suka makan bubur kacang hijau ni...tapi sesi memilih dan membuang apa yang patut sebelum di masak tu aku adalah campur tangan sikit.  Sambil tu bagitau jugaklah kat yasmin, masa kecil dulu ibu selalu tolong nenek tiap kali dia nak masak bubur kacang hijau nih...
Malam tu jugak kakak aku masak gulai tempoyak...my fav...gambar-gambar next entry ya.

Hi Tea @ Home

Sebenarnya aku nak buat entry pasal kenduri tahlil kat kampung minggu lepas.  Tapi cam mood tak mari pulak.  so masuk kanlah dulu minum petang kami hari Ahad lepas, sekembalinya dari kampung.  Ada sambal tumis ikan bilis yang teramatlah sedapnya hasil air tangan mak long shah alam aku.  Aku buatkan roti gulung letak sambal tumis tu.  lepas tu golek-golekkan dalam telur yang telah di kocok. Lepas tu goreng ler.  Agak-agak telur dah berubah warna, cepat-cepat angkat...tunggu sejuk sikit baru di ngap...sebelum tu bacalah bismillah...
Buat 7 ketul aje, cukup sorang satu.  Sekadar mengalas perut sementara menunggu makan malam...dasar malas kan...tak kuasa aku nak menggulung buat sampai 10...hehehe..sebab sambal tu memang dah sedap, di tambah pulak aku yang 'ter'rajin petang tu...menjadi-jadi sedapnya.  Tapi TETAP sorang seketul aje!

25 Jun 2012

Qaseh is 3

Teruk betul aku ni...boleh pulak lupa nak buat entry untuk Qaseh.  Actual date is on 14/6.  Tapi mujurlah dia kecil lagi..tak adanya dia heran nak sambut besday bagai.  Cuma kak Min dia aje yang duk remind aku suruh beli kek.  Kek pun tak ada sebab masa tu ayah dia masih outstation lagi.
 Qaseh with abang Eimran


Qaseh with ayah.  Ayah dia ni suka betul menyakat budak tu.  Suka sangat cium-cium dah lah qaseh tu bukan suka sangat orang cium-cium dia...lagi pulak yang bermisai...dah melalak leks aje dia pujuk...lepas tu tanya sapa buat...sapa buat...

cerita qaseh boleh baca disini dan disini..disini juga..last year pun aku lupa buat entry untuk qaseh...cianlah kat budak ni...
okay sekarang ni qaseh masih dalam latihan tak pakai diaper waktu siang.  malam kenalah pakai...aku belum berkemampuan nak bangun malam untuk atur waktu kencing dia..dasar pemalaskan...


Baru-baru ni aku perasan budak nit-nit aku ni tak boleh nak sebut 's'.  Maka kalau sebut nama sendiri jadilah Qateh...susu jadi tutu...sayang jadi tayang.  Ada sekali tu masa nak tidur aku suruh dia sebut ssssss...sssyyyyy...memang dia tak boleh nak sebut 's'.  Aku pulak bantai gelak kan dengan yasmin.  Nasib qaseh rileks aje senyum...


Sekarang ni kalau merajuk aje mesti cakap..qateh tak tayang ibu, qateh tayang ayah jer...kalau dia dengar bibik buka grill nak pergi ambil yasmin balik dari mengaji...satu row rumah aku ni boleh dengar raungan dia.  Kadang tu bibik kelam kabut balik sebab dengar dia meraung!  Lepas tu kan selamba aje dia sound sapa suruh tak bawa qateh!! 


Bab makan qaseh memang tak cerewet.  Tapi sekarang ni aku control sikit nak bagi dia makan ayam.  Hari tu naik ruam kat dada ngan leher dia...lepas tu gatal, apa lagi...melalak lah dia suruh aku garu.  Seminggu lah pun paling lama tak beli ayam...nampak clear lah sikit ruam kat leher dia tu...


Qaseh masih lagi BF...nilah anak aku yang paling lama menyusu badan.  Yang kedua jatuh kepada Yasmin.  Diikuti Eimran dan yang akhir sekali Danial.  Sekarang ni punyalah seksa nak suruh dia berhenti...bila aku jegil mata...mulalah nangis...ibu marah..ibu marah qateh.  


Doa ibu moga qaseh jadi anak yang berjaya di dunia dan diakhirat.  Sentiasa berada di dalam rahmatNya.  Ibu selalu doakan agar anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...
Related Posts with Thumbnails