13 Jun 2012

Ohh Danial

Tak tahulah nak cakap macam mana...yang pasti setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.  Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik atas setiap perkara yang telah direncanakannya.  Apa pasal aku tetiba poyo nih...harus ada yang muntah hijau sat lagi...Aku maafkan kamu...tak perlu kita bertemu cukup kau tahu...yang aku, maafkan kamu...ni antara lagu fav Danial juga ni...
Apalah yang aku mengarut ni kan.  Nak cerita pasal kemalangan yang tak berbau ni.  Kejadian berlaku hari Khamis lepas.  Mujur hari tu aku memang cuti, so masa Yasmin berlari masuk rumah sambil menangis nangis...di ulangi...Yasmin menangis nangis bagi tahu aku Danial jatuh...tapi masa tu aku tengah dalam rakaat ke 4 solat asar.  Baiklah aku habiskan aje sehingga ke salam akhir...


Lepas tu Eimran pulak masuk dengan Danial yang memanglah menangis juga.  Sambil tu Eimran dengan Yasmin saling suruh menyuruh basuh luka kat kepala Danial...Yasmin suruh abang dia, yang abang dia pulak suruh adik dia.  Habis aje salam terakhir, aku terus cabut telekung sambil tu nampak kat baju Danial dah ada darah...Berdebar juga ni kat dalam hati...kalau ikutkan aku pun takut juga nak basuh luka kat kepala pulak tu...
Tapi kalau aku tak buat sapa lagi nak basuh luka tu kan...sambil tu aku duk cuba menenangkan diri sendiri...fikir2 juga nak buat apa lepas ni...tapi end up aku letak juga minyak gamat lepas tu Danial sendiri sibuk duk suruh aku letak plaster...suka betul budak-budak letak plasterkan...nasib baik jugaklah kepala dia memang botak, so senang jugalah nak basuh dan meletak ubat gamat tu...nampak luka kecil ajekan tapi sebenarnya dalam tau...aku pun tak tahu sebenarnya....
Sebelum kejadian tu, Danial adalah ajak aku pergi kedai...tapi aku kata nanti lah petang sikit.  Bila dah letak plaster tu, kononnya nak memujuk dia jugalah, aku pun bawalah dia pergi kedai...masa kat kedai pulak, sekali lagi Yasmin terjerit bagi tahu kepala Danial berdarah...aku pun tengok, memang darah meleleh lagi...cepat-cepat ajak dia orang semua balik rumah.  Kelam kabut aku roger sana sini...ayah dia suruh letak ais nak bagi berhentikan darah tu...betul ke?  Tak perlah...letaklah juga ais...kuranglah sikit darah tu keluar...
Lepas maghrib kakak aku datang bawa pergi klinik...Doktor tu tengok sikit aje terus cakap kena jahit!  Whattt??? Aku lah pulak yang serammmm...Doktor kata dia selak sikit aje dah nampak tempurung kepala...eeeeiiihh lagilah aku rasa serammm...aku pula yang terlebih takut...aku tengok Danial rileks aje baring kat katil tu...Doktor inject nak bius pun dia tak nangis...
 Lepas kena jahit...lepas seminggu baru boleh buka jahitan.
Tengok muka ni...terus jatuh kasih kat dia...tapi tak pernahnya tahu serik.  Dengan berjahit kat kepala tu, TETAP juga memanjat sana sini.  Danial...Danial...sekejap manja...sekejap garang...tapi dalam hati tetap ada taman...
Ohhh berbalik pada Yasmin yang duk menangis tu...bila dah selesai semuanya...masa nak tidur tu tanyalah kat Yasmin kenapa dia nangis?  Yalah...Amin sayang kat dia...habis kalau sayang kenapa tak tengok masa dia main?  Sebenarnya Danial jatuh kat jalan sebab berlari mengejar kawan dia yang naik basikal!!!Aku tak salah kan sapa-sapa pun...tapi Eimran dan Yasmin saling menyalahkan satu sama lain...abang tu asyik main aje bukan nak tengok adik...yang abang pulak...abang main kat depan rumah ajekan...amin tengoklah dia...Bibik kat mana masa tu??? Bibik duduk aje kat kerusi luar tu...!!! 

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails