comeeelll lah sangat...
tu budak dua orang yang jalan tulah yang cumels...yang belah kanan tu...cam tulah pesen rambut aku dulu-dulu...berjalan dari rumah aku ke rumah nenek. Rumah sebelah menyebelah aje...rasanya masa ni hari raya kot.
Dua gambar kat atas tu pun masa hari raya. Dulu-dulu kalau tak raya tak adanya orang nak ambil gambarkan. Kamera pun tak ada. Ni semua gambar dari kamera arwah pak lang aku rasanya. Masa kat Mantin hari tu, lepas kekenyangan makan durian(kenyang ke makan durian?) maunya tak kenyang...beribu ribu kalori tuh...masing-masing duk tengok album lama. Sejak ada FB bagai ni...tergedik2 memasing nak kan gambar lama-lama ni...termasuklah aku...muahahaha...
Kalau rayakan, baju aku mesti sekayu dengan kakak aku yang sorang ni tau...lepas tu abang aku pun mesti sama dengan adik aku...kakak aku sorang tu aje suka lain dari yang lain...aku rasakan bila aku dah masuk sekolah menengah aje baru baju kita orang dah tak sekayu lagi...ke masa sekolah rendah dalam darjah 3 kot dah tak sama...
Gambar-gambar ni aku snap balik dari album dengan menggunakan hp sahaja.
Lepas tu kan gelak-gelak tengok gambar lama...almaklumlah perbezaan nya memang ketara...tak dapek den nak ngobarkan hah...okey..lepas sesi nostalgia tu, pergi lah pulak makan malam kat Nilai. Tu kita masukkan di next entry ya.
Al-Fatihah untuk arwah abah aku yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2001. 11 tahun dah...cepatnya masa berlalu. Moga Allahyarham di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan