Tu antara bahan-bahan yang sempat aku snap. Masa dia orang tengah memotong tu aku ingat nak ambil gambar, lepas tu dah sibuk buat benda lain terus lupa. Ni bahan-bahan dah masuk dalam periuk. Bahan utama mestilah pucuk ubi, daun kunyit dan pucuk labu. semua tu dihiris halus. serai pun dihiris sebelum di blend. Bawang merah dan ikan bilis pun di blend halus. cili api juga.
Lepas tu masukkanlah santan dan tempoyak. Jangan lupa kunyit sikit bagi kuning. Bertambah sedap bila ada petai...silalah letak petai...jangan letak jering tau! cukup sekadar petai...
Lebih sedap makan sebaik siap masak...tu akulah tu...lagi sedap lepas dipanaskan on the next day. Kalau rasa-rasa nak cicah ngan roti pun ok. Gulai tempoyak ni pun masak hari Jumaat sekadar untuk makan-makan tuan rumah aje.
Kali ni aku kena belajar masak gulai ni, pasal en suami kata, kalau aku boleh masak ni memang dia respect lah...ni tak, asyik-asyik sambal, kicap, sambal kicap...okeyyy...aku rasa tercabar...tu yang aku menyibuk masa kakak aku masak ni...minggu ni jugak saya buat! Eehh tak boleh..tak boleh....minggu ni ada sukan anak-anak...minggu depanlah, InsyaAllah...kalau rajin...muahahaha...alasankan...
dap sgt kalau makan dgn nasi putih..
BalasPadam