Walaupun program ni dah habis, tapi aku tetap nak menurunkan berat aku ni, untuk kesihatan jugak kan.
Sapa register dapatlah door gift ni...
hadiah untuk pemenang. aku tak menang satu apa pun...
sebelum main, kita makannnn dulu! ada mee hoon goreng & karipap panas juga
okey lets start the game!
aku tak lah teror sangat main, lagi pun dah lama bebenor tak main bowling ni. dulu-dulu selalu main kat federal bowl yang dekat bukit bintang nun. tapi tu pun tahun 90an dulu. tapi yang boringnya, masa kita orang main ni, lane kita orang asyiklah ada problem. sampai satu masa tu, dia orang kena buka nak mengeluarkan bola-bola bowling yang tersangkut...kena tunggu 5 ke 10 minit tu memang membuang masa sungguh. elok-elok boleh habis awal, sebabkan masalah dalaman tu, kenalah habis lambat. sebaik habis aje turn aku, aku terus balik, tak tunggu sampai penyampaian hadiah.
masa nilah dia orang duk buka nak mengeluarkan bola-bola yang tersangkut...
okeyyy walaupun tak terror main, aku termasuk dalam senarai top 5 higher score untuk female bowler! cam tak caya aje. tu bukti ada juga strike ngan spare...sila percaya ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan