16 Julai 2012

Jemputan Kenduri Doa Selamat Dan Besday

Last Saturday pergi kenduri doa selamat dan birthday anak sedara kat ampang.  Kitaorang sampai lambat, kalau ikut pemerhatian aku, aku ngan anak-anaklah tetamu terakhir sampai.  Sebab lepas tu memang dia orang terus sesi kemas mengemas dah.  Itu pun nasib baik kakak aku sudi nak datang jemput.  kalau ikut en suami, malam baru nak pergi.
Disebabkan lambat, kita orang terlepaslah sesi doa selamat tu.  Sesi potong kek pun melepas.  Tapi buah tangan tak di lupakan.
Adik ipar aku yang sorang ni memang kretip.  Gula-gula letak dalam botol cam dalam gambar tu.  anak aku 4 orang, so dapatlah 4 biji botol tu.  boleh lah buat isi kunyit, garam dan yang sewaktu dengannya.
Boleh pulak aku lupa nak ambil gambar lauk pauk masa kenduri tu.  siap tapau bawa balik lagi...sampai rumah pun malas nak posing2 kan lauk tu.  So kita ambil gambar goodie ni ajelah ya...anyway, happy besday wan zulhazim.  moga jadi anak yang soleh.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails