12 Julai 2012

SRA Sg Kantan

Pergi ambil report kad sekolah agama pulak.  Yasmin kata guru kelas dia tak ada, kena jumpa guru lain.  Kiranya masa kita orang sampai ni awal juga, dalam pukul 8.  Kenalah tunggu turn nak jumpa cikgu dia.  cikgu yang ganti ni pun ada juga mengajar kelas yasmin.  dia kata yasmin kalau dengar cikgu bercerita, siap renung tak berkelip...sampai cikgu pulak naik segan di renung dek anak murid.
 Danial tengah duk usha budak pompuan tudung purple tu.  kawan sekolah dia, nama sophia.
asal ada aje perjumpaan ibubapa kat sekolah, mesti ada orang duk menjual macam-macam.  Qaseh pun sekarang ni bukan main pandai lagi mintak belikan buku...ni tengah menunggu ayah dia orang datang ambil.  sampai rumah, buku tu pun entah ke mana...tu pasal lah aku malas nak belikan...
 ramai jugak yang datang awal
Lepas tu nampak pulak ice cream ni.  keluaran muslim.  sedap sangat.  dah nak sama standard ngan ice cream mc d. 
tengokkkkk..sorang satu buku, sorang satu ice cream...dahhh jom balik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails