03 Julai 2012

Cerita Yasmin

Lamakan tak cerita ceriti pasal Yasmin.  Dia tukan nampak aje diam...tapi sekali dia cakap terus smash aje...
Hari tu kan aku pergi sekolah dia ambil report kad, masa tunggu turn tu aku snaplah gambar dia, sekali boleh pulak kawan dia pergi kat dia dan cakap, mak awak kaya ya? mana ada? yalah mak awak pakai hp besar...muahahhaa...gelak aku dengar...habis amin cakap apa...amin senyum ajer...kalau kaya mesti kita pun dah ada ipad~dlm hati ajelah...

Ada satu hari tu dia balik sekolah cakap kawan baik dia syaza tak nak kawan dia lagi.  Aku pun terkejutlah juga...naper dia tak nak kawan?  mak dia kata tak payah kawan kalau tak penting...apa maksud penting tu?  ntahh...habis tu amin cakap apa? amin dia ajelah. habis amin rehat dengan sapa?  ada kawan lain...sebenarnya aku rasa sedih sangat bila dia cakap macam tu...nasib baik dia jenis tak kisah...tak nak kawan sudahhhh...
Tapi kalau nak diikutkan, selama ni kawan dia tulah yang selalu duk call dia tanya homework apa.  Yasmin adalah sekali dua  call itupun time dia memonteng aje.  Cuma bila kawan dia selalu call, yasmin jadi seronok sebab dia perasan ada juga orang yang nak call dia.  tapi sejak mak kawan dia cakap tak penting tu, memang dua-dua pun dah tak call lagi.

Walaubagaimanapun, aku tiap hari akan tanya kat yasmin, syaza tu ada tegur tak dia kat sekolah.  so far alhamdulillah syaza tu masih juga bertegur sapa ngan dia cuma tak call kat rumah aje.  Yang best sekali, hari tu yasmin kata, cikgu tukarkan syaza duk sebelah dia...hahhh tulah tak nak kawan sangat, sekarang dah duduk sebelah menyebelah!

Sekarang ni aku dah potong duit belanja sekolah dia.  Aku bagi RM 1.50 saja untuk setiap sekolah.  Kalau tak dulu aku bagi RM 2.  Saja aku buat cam tu nak ngajar dia berjimat cermat sikit.  Kalau tak, duit dia habis duk membeli membelah kat kedai buku tak habis-habis.  Hari-hari ada aje benda baru yang dia bawa balik.  Emigresen aku sapa lagi kalau bukan Danial dengan Qaseh.  Budak dua orang tu kaki skodeng beg sekolah kakak dia.  Aku rasa time yasmin mandi, time tulah dia orang duk sport-check beg kakak dia.  Ada aje pembaris barulah, pemadam barulah, pensel lah...ehhh macam-macam lah budak sorang ni.  Padahal benda-benda tu semua aku dah belikan...

Ada sekali tu dia cerita, kawan amin tu mak dia kaya gilerr...penuh perasaan dia cerita masa ni...apa yang dia kaya giler tu?  Kat rumah dia ada 6 buah kereta.  Huiihhh banyaknya.  apa kereta dia?  ada vios, city, wira ngan ntah apa lagi aku pun tak ingat.  mak dia kerja apa? tak tahu. tapi dia bawa duit belanja kat sekolah pun banyak bu.  dia kata kalau dia nak apa aje mak dia mesti belikan.  kalau tak dapat nanti dia merengek pun mak dia belikan...kalau amin merengek pun jangan haraplah ibu nak belikan...sambil cakap tu mata dia ke atas....tahu tak per...hahaha...kadang bila ingat balik apa yang dia cerita or sembang ngan aku tu, rasa nak gelak pun ada...yasmin...yasmin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails